Blogger templates

Balik Kampung & Happy 6th Birthday Alia Kaiyisah.

Assalamualaikum.

Tahun lepas agak kritikal sedikit bab kewangan eheh, sebab mommy tak kerja dan tak ada gaji kofs. So no birthday celebration for kakak early this year.

Kakak seperti biasa, selagi tak ada celebration dengan kawan-kawan selagi itu dia akan bertanya bila, bila dan bila sampai letih mak nak menjawab. Since both of us tiada planning untuk adakan majlis makan-makan, kami hanya celebrate bersama family saja. Itu pun di kedai mamak!.

Kahkah. Bertabahlah kakak. Sabar saja dengan pilihan adik awak yg comel ittuw ye.


Budak 6 tahun umurnya.

Semua pelik bila saya maklumkan tentang usia Alia Kaiyisah. Kenapa dah sekolah rendah, itu soalan wajib heh. Actually kalau tak berlaku kelahiran sebegini dikalangan keluarga, saya pun agaknya sampai bila-bila takkan tahu juga. Mujur juga Kaiyisah lahir on the new year so ada lah info berguna untuk share dengan parents out there.

If ada anak-anak korang yang lahir pada tarikh 1st January, mereka-mereka ini diwajibkan untuk masuk ke standard 1, a year earlier. Means  dalam kes Kaiyisah yang lahirnya pada 1st Jan 2010, perlu masuk ke std 1 pada tahun 2016, instead of 2017 yang sepatutnya.

Untunglah setahun ye dop.


Adik dan capati mamak berpisah tiada.

Kaiyisah tamat belajar di Vonad pada hujung November. Jadi masa cuti sekolah saya bawa anak-anak balik kampung Johor dengan bas. Actually dah banyak kali depa berdua travel dengan bus, dah biasa yet still excited masing-masing. Kali ini travel ada ayahnya sekali, so mak tak kalut sangatlah eheks.



Sejam yang pertama seperti biasa dua-dua pun tak melekat dekat seat. Nak kesana-sini. Upah dengan gadget pun tak layan lagi-lagi si kecik Khadeejah tu. Apa dia heran dengan ipad, smart phone, lompat-lompat dan lari-lari dalam bas lagi syok katanya heh.

Bila dah penat, minta makan minum. Susu. Zas dua-dua pun masuk ke lala land.

Seminggu kami stay dekat kampung. Puas. Sempat juga Khadeejah merasa demam sehari dua heheh, lepas itu kebah dan aktif macam biasa alhamdulillah. Nenek, atuk dan cikNad pun tak lupa celebrate birthday Kaiyisah a week earlier.


Tq nenek, atuk dan cikNad!

0 busy bees:

Post a Comment