Blogger templates

CT-Scan Pertama Dalam Hidup Ayra Khadeejah.

Assalamualaikum.

Cerita agak lama diperam. Mohon kekuatan untuk dikongsikan. Moga jadi iktibar pada parents out there, agar sentiasa monitor anak-anak seboleh mungkin. Memang tak selamanya kita boleh pantau anak, 24 jam sehari. Tak mungkin.


Benda ini saya beli masa pergi ke GM Klang 2 bulan lepas. Tengok Khadeejah bukan main happy dapat pegang ride-on tu. Dalam hati terdetik, kesiannya anak mommy dah lama tak belikan apa-apa sejak mommy tak ada gaji. Maka ride on pun ikut kami pulang selepas itu.

Ride on ni murah, so bear with the quality yang agak sederhana. Plastik agak ringan dan bucu-bucu agak tajam sedikit. Since Khadeejah dah besar maka kami tak berapa risau sangat. Ya, takes thing for granted haih.

One day, masa play time budak-budak, saya dekat dapur prepare food, suami dekat bilik. Tiba-tiba dengar bunyi jatuh agak kuat. Terus berlari ke hall, tengok Khadeejah dah start melalak sambil terbaring ke bawah. Ride on dah terbalik. Kakak pun muka terkejut tengok adik sambil bagitahu bukan dia yang buat tsk. Gosok-gosok belakang kepala, nangis dia agak teruk mungkin sebab sakit. Agak lama juga. 10 minit lepas itu mula muntah-muntah, haih something wrong somewhere. Lantas kami decide ke hospital.

Bagusnya Hosp Putrajaya sekarag depa ada kaunter untuk kes-kes trauma, so prosedur jadi cepat. Doktor buat x-ray, kemudian maklumkan yang belakang kepala Khadeejah nampak crack.

Allahu. Terus merembes airmata mak.

Kami terus masuk ke Wad Kecemasan. Khadeejah kena minum ubat tidur untuk buat ct-scan. IV line pun siap dipasang in case ubat tidur tak function. Alhamdulillah lepas 15 minit Khadeejah terus tertidur dengan sendirinya. Aaaaa sedih sangat masa itu Allah saja tahu apa mommy rasa. Masuk bilik ct-scan, nampak scanner rupa mcm tu terus merembes lagi alahai. Nangis saja lah mommy ni tao heheh. Iyalah, rasa bersalah, mommy punca semua benda ni jadi kan.



Lama juga kami tunggu di luar bilik. Selepas prosedur itu, Khadeejah perlu dipantau di wad kecemasan sehingga dia sedar daripada tidur. Puas juga mommy, ayah dan kakak kejut-kejut, suap makanan dalam mulut, garu-garu ketiak tapi tak respon. Doktor datang check, garu-garu telapak kaki pun no respon. Haih, risau beribu kali ganda. Doktor said takpa, kita bagi lagi few hours.

Alhamdulillah 2-3 jam selepas itu Khadeejah sedar. Minta makan dan air then kena monitor lagi if ada muntah. Result ct-scan pun doktor dah inform, crack itu tak ada smpai tahap membahayakan. Cuma mcm serpihan-serpihan kecil yang mana ianya akan heal sendiri. Alhamdulillah, syukur pada Allah sebab permudahkan urusan kami, dan beri kesembuhan kepada si kecil kami ini.


Sekarang ini, ride on duduk diam dalam stor. Ada juga 2-3 kali Khadeejah minta naik, saya izinkan dengan syarat ada yang pantau. Itu pun x lama, agak-agak dia dapat lepas rindu cukuplah. Trauma saya tak hilang lagi. Takpelah kalau nak main tudung saji mommy, tutup periuk mommy, atau tupperware mommy, at least benda tu semua belum pernah lagi membahayakan anak-anak mommy.

Moga jadi iktibar untuk mommies semua.

Take care.




1 busy bees:

mamaelly said... Reply To This Comment

berderau baca Ann..siannya deeja.Aina pun suka main benda tu.skang up sikit.main basikal besar kakak.haih tak leh leka jugak ni kan

Post a Comment