Blogger templates

Pendaftaran, Orientasi. Yeay Alia Dah Sekolah.

Assalamualaikum.

Baru berkesempatan untuk update blog. Nasib baik anak-anak tidur petang, dapatlah mommy lepaskan rindu mengetuk keyboard kofs.

Masuk minggu ketiga persekolahan, alhamdulillah dah tidak kedengaran lagi keluhan penat lelah seperti minggu pertama sekolah. Body sudah adapting well dengan perubahan, i guess. Lega mak. Kalau tidak asyik rasa bersalah saja sebab anak komplen penat seharian dekat sekolah, walaupun zaman mak dia dulu pun macam tu, lagi teruk kot sebab waktu dulu pergi balik sekolah naik van, time rehat kena beratur nak membeli makanan, siap berebut lagi kadang tak dapat makan kofs.


Hari pendaftaran sekolah, husband ambil cuti untuk monitor. Lagipun ada sesi taklimat kepada parents. Saya masa itu memang sedang bercuti maka kemana-mana membontoti sahajalah suami sendiri hahah. Taklimat parents dekat dewan terbuka, anak-anak pula follow teacher ikut kelas untuk sesi lawatan sekolah dan ada sedikit aktiviti dalam kelas. At first saya risau juga sebab teringat tentang saringan linus. Alia memang tak revision pun dua tiga hari sebelum tu. Mak dia busy balik kampung lepas itu adik pula tak sihat. Saya doa sajalah moga dipermudahkan semuanya untuk Alia.

Tak lama lepas itu, GB kabo saringan linus akan dibuat pada bulan Januari dan Februari, 3-4 minggu selepas mula persekolahan. Alhamdulillah,urut dada mak tanda syukur. Ada masa Alia nak revise mana yang kurang.


Protective sungguh mak-mak sekarang ni.

Acara hari itu tamat pada waktu tengahari. Dapat kelas siap-siap untuk mudahkan murid masa first day persekolahan nanti. Ada juga saya tanyakan pada guru, pengagihan kelas ini atas dasar yang bagaimana. Guru jawab ikut giliran pendaftaran saja. Daftar cepat, dapat kelas depan, daftar lambat pula dapat kelas belakang. Kelas belakang bukan bermakna kelas budak lambat, tapi kedudukan kelas yang jauh sedikit kebelakang. 

Kelas ikut ranking dah tak ada katanya. Kelas seperti itu menyebabkan lower self esteem pada budak-budak. Depa akan rasa kurang konfiden sebab "aku bukan budak kelas pandai". Saringan linus itu pun cuma akan digunakan utk guru kelas monitor, murid mana perlu extra perhatian, murid mana yang tidak.


Dekat sini, sekolah kebangsaan pagi kemudian rest dan sambung sekolah KAFA sehingga petang. Sudah menjadi rutin saya memasuki minggu ketiga ini heheh, tengahari akan ke sekolah untuk hantar lunch, teman Alia makan dan kemudian hantar dia ke kelas KAFA sebelum jam 2 petang. Ustaz akan start kelas Qur'an selama setengah jam dan kemudian diteruskan dengan subjek KAFA lain.

The first week memang berairmata sajalah. Penat. Balik rumah nampak nasi pun tak lalu makan. 6.30pm dah terlentang atas tilam.

Now tidak lagi. Stay sampai 10pm pun masih gagah kohkoh.


Sebelum terlupa. Untuk mommies yang bercadang nak masukkan sekolah KAFA, jangan lupa untuk revise sikit pelajaran anak-anak especially bab menulis huruf hijaiyah. Saya sendiri tak sangka ada exam untuk tentukan kelas KAFA. Sebab tak pernah dengar dan tak pernah diberitahu sebelum ini. Seperti biasa, agak terkejut sebab tak bersedia. Alia lagi terkejut, dan bercampur penat sebab dah sekolah dari pagi, so bila dia stuck and ustazah asyik takutkan "siapa tak siap tak boleh balik" berulang-ulang kali, memang terus banjir disitu. Hahaha. 

Alhamdulillah berkat kesabaran mak yang menanti diluar pintu kelas, siap juga menjawab dan boleh balik walaupun dengan linangan airmata.


Muka penat. Sekolah KAFA ada rehat 15 minit dan selalunya memang sempat makan roti, minum air dan beli ice cream.

So far sekarang tak ada banyak sangat masalah nak pergi ke both sekolah. Happy sebab dapat jumpa kawan-kawan yang sekepala. Lepas itu dia tak kisah sebab dia tahu everyday mommy akan datang tengok dia dekat sekolah heh.

Tak apa. Mommy bagi can setahun ok. Tahun depan dah senior sikit bolehla join the crowd berebut pegi beli makanan kohkeh.

3 busy bees:

mamaelly said... Reply To This Comment

wah..nebes pulak nak antar isya skolah next year

Ann Ilias said... Reply To This Comment

HEHE, kita nebes smpai hari ni elly. Sebbaik memang everyday pergi tgk dia dekat skolah so kuranglah sikit rasanya tu. Wah isya bakal sek dgn org2 saghawak lah ye nanti

♥z@z@♥ said... Reply To This Comment

Mommy nie skema btol penulisan..ekekeke

Post a Comment