Blogger templates

Tahun Baru, Langsir Baru.

DISCLAIMER : Gambar-gambar sebahagiannya adalah dari laman FB Kak Moon.

Assalamualaikum.

Abaikan tajuk itu. Poyo angat.


Pening tengok kain hahah.

Beberapa minggu lepas (agak lamaaaaaa juga sebenarnya) ada ternampak lalu lalang di timeline FB tentang sale kain langsir di Sarah Hughes untuk pembaca blog Moon. Actually pernah tahu tentang ni tapi tak pernah attend sebab tak ada keperluan dan tak berkesempatan dari segi masa dan kewangan. Muahaha detail sangat explanation ken.

So, cuba try test tanya suamiku yang bukan encik sotong. Mana tahu kot terbuka pintu hati dia nak bawa kita ke sana. Alhamdulillah ajakan berjaya dan kesanalah kami pagi-pagi Ahad ittew dengan budak berdua sekali. Seperti biasa, suami memang malas memandu masuk KL jadi kami parking di Pudu dan ke sana dengan LRT.

Readers yang datang akan diberi VIP badge seperti di dalam gambar tu. Eh tengok badge saja ya, jgn tengok orangnya. Dia tu memang over sikit kekadang tsk.

Mula-mula planning saya cuma beli langsir untuk sliding door yang dah masuk tahun ke 6 tak bertukar. Sedih kan. Ate rumah tak ada siapa nak datang no point lah selalu sangat tukar langsir. Janji selalu cuci, ye dop kihkoh. Selain itu, nak beli langsir untuk bilik belakang. That's all. Sekali saya telefon mak, mak mcm interested. Then w.app gambar apalagi berjela-jela tempahan mak muahaha ai leviu lah mak :)

Ini kain langsir yang saya pilih untuk sliding door. Kain denim tebal, seperti di gambar kiri. Kanan tu terlebih cahaya pula, maklumlah pasang waktu tengahari lepas itu tak sabar pulak nak capture gambar kan hahah. Actually banyak gambar saya captured di hari kejadian, tapi apakandaya handphone ku telah menamatkan riwayatnya sebelum sempat gambar-gambar tersebut di transfer. Maka redho lah dengan apa yang ada, korek sana sini buat bahan entry. 

Memang totally tak rugi pergi ke Moonpunyerblog YES Sale di Sarah Hughes Globe. Kalau ada ternampak lalu lalang di TL FB anda, feel free to attend. Confirm tak menyesal.

Thanks Kak Moon. Rumah saya dah ada langsir baru yeay.

3 busy bees:

mamaelly said... Reply To This Comment

wah..bestnya ann.. bila dah dok jauh dari KL ni kan..mcm2 rasa menjeruk di hati.eceh.nak p ikeaaa la..nak p romantika la... dulu2 dok kl tak de sibuk pun nak p ikea bagai.maybe beza rumah sendiri ngan rumah sewa.huhuhu serius rasa nak beli tiket p kl p ikea..heheh murah ke langsir tu ann

Ann Ilias said... Reply To This Comment

Murah Elly. RM10/meter. Langsir bilik kita beli RM5/meter. Kain ni tebal elly, macam kain jeans tp lembut.

Yelah kan, bila depan mata memang selalu tak rasa nk pergi. Dah jauh baru teringat-ingat :( bertabahla. Lama-lama nanti biasalah tu ye hehe

Miss Moon said... Reply To This Comment

comey sangat Ann .. tq sudi datang tau
nanti share lagi gambar ngan akak k .

Post a Comment