Blogger templates

Yumbox Panino in Lavender Purple

Assalamualaikum.

Sungguh rasa lama sangat tak menghadap blog. Tak sempat, tak ada masa. Ditambah dengan letih, lesu, lemah dan segala macam perkataan negatif lain yang menggambarkan kepenatan, kelelahan dan kemalasan dalam mengharungi kehidupan seharian.

Wah ayat. Skema sejak bila ni haih.

Saya sudah pun kembali menjalankan tugas setelah lebih kurang 7 bulan bercuti. Ya Allah, rasa gembira dapat jumpa kawan-kawan, dalam masa sama sebak hati berpisah dengan anak-anak, especially Khadeejah. 7 bulan bangun pagi bau masam mulut dia, sekarang bangun pagi kena cepat-cepat prepare bekal dan persiapan sekolah kakak. Sempat cium pipi Khadeejah saja sebelum keluar rumah sobs.

To be honest, saya sudah hilang passion bekerja. Bukan masalah kerja. Kerja saya so far sangat menyeronokkan, kawan-kawan gila-gila, sekepala. Cuma saya rasa, something is not right somewhere. 

Ok abaikan saja. Masalah hati berbolak balik memang begitu. Jomlah kita ke cerita sebenar.

Yumbox Panino. Bukanlah nak review in details pun hehe. Cuma nak share keseronokan menggunakannya. Eh kenapalah skema sangat ni aduhai. Actually quite sometime saya eyeing lunch box ni, siap nak buka tabung dengan kekasih gelap saya si midah tu. Alhamdulillah dipermudahkan bila Ena inform Kak Ya offer belikan untuk kami. Maklumlah, barang post out dari UK sana, kalau nak harapkan personal shopper kemungkinan juga harga mahal sebab termasuk upah, tax dan lain-lain. 

Kak Ya menetap di Amsterdam. Maka dapatlah dia belikan kami lunch box tersebut dengan harga nangis dibucu katil hahaha.


Yumbox Panino in Lavender Purple menjadi pilihan kakak.

Tiap-tiap hari, without fail, kakak request untuk bawa lunch box ini instead of the-old-skool tupperware mommy hiks. Semua food adalah yang kering-kering macam mee/bihun goreng, spagethi, nasi goreng, etc. Ada sekali saja bawa roti jala dan kuah kari (liquid) so far tak tumpah. Leak proof guaranteed sebab penutup dia seal dengan plastic. Saya tak suggest bawa liquid for kids, ada possibility akan kotorkan tangan dan baju sekolah sebab lunch box bergolek-golek dalam bag.

Satu lagi. Kakak suka bawa Yumbox sebab mudah dibuka. Dengan dua jari pun boleh. Gitu. Kalau tupperware mommy kena pakai kedua-dua tangan, siap pakej suara skali pun belum tentu terbuka kihkih. So now mommy prepare bfast with Yumbox, lunch dengan tipuware from Daiso, atau kedai RM2.

Satu sahaja masalah Yumbox ni, pada saya ia agak berat. Kalau kakak bawa trolley bag there will be no problem. Kalau dia request bagpack, time itulah dia complaint bekas bekal dia berat sangat. Well, alah bisa tegal biasa. Nanti lama-lama dia lupalah tu. 


Antara menu breakfast dan lunch kakak di sekolah.

Ada beberapa gambar lagi di dalam telefon saya. Malangnya dah innalillah, itu as usual kita cerita later. Sekarang ni memang wajib bangun jam 5am, paling lambat pun 5.30am untuk prepare semua bekalan seharian anak-anak dan makbapak anak hehe.

Insya Allah, rezeki lebih kita tambah koleksi Yumbox lagi. Banyak juga kaler-kaler baru yang menarik hati. Semoga Kak Ya diberi kesihatan yang baik so dapatlah belikan kami Yumbox dan jual lelong kat sini. Hahaha.

Todless.



2 busy bees:

♥z@z@♥ said... Reply To This Comment

Amboi bahasa awak..skemanye..saya suka baca..eh..haha

rita dewi said... Reply To This Comment

Dari dulu ingin sekali punya yumbox. Sayang mahal sangat....

Post a Comment