Blogger templates

1 Tahun 10 Bulan Ayra Khadeejah

Assalamualaikum.

Lama betul tak update tentang adik. Asyik cerita tentang sekolah kakak, bento kakak, birthday kakak hiks kasihan adik diketepikan. Bukan bermakna tak sayang adik, tetap sama sayangnya cuma dah selalu kongsi gambar kerenah adik dengan geng kacik so terlupa nak share dlm blog mommy ni.

Oklah jom kita share milestone adik.


Adik kena ngorat dengan jejaka hemsem di sekolah kakak hiks.

Bakal menginjak ke usia 2 tahun hujung Mac nanti. How time flies. Dulu masa awal-awal kelahiran banyak betul dugaan untuk adik, dan mommy sekali of course haha. Paling cepat keluar dari rahim, paling senang proses deliver (sebab ikut tingkap haha), paling lama kena tahan dalam wad due to premature labor, jaundice, berak berdarah. Haih lah one after another okay.

Alhamdulillah urusan selepas itu dipermudahkan. Sehinggalah ketika adik asyik tak sihat ulang alik hospital klinik dan doctor advice mommy untuk jaga kamu by myself. At least sehingga kamu 2 tahun. Doctor bilang kamu tak kuat nak berada di kalangan anak-anak lain bila mommy terpaksa tinggalkan kamu dengan pengasuh untuk bekerja.


Setelah selesai segala remeh temeh pung pang sana sini during the application of the 7 months leave, maka bermula Jun mommy bergelar surirumah menjaga kamu dan kakak 24 hours a day. Permulaannya memang agak shock, asyik nak merempan saja sebab pening dengan perangai kamu dua beradik. Tapi takpa, sekejap saja tu. Sekarang ni mommy dah terer, kalau kena jadi housewife lagi lepasni takda masalah dah eceh.

Alhamdulillah sepanjang mommy sendiri jaga kamu, tidaklah smpai tak pernah sakit langsung. Ada jugak time tak sihatnya tapi masih boleh di kawal. Tak perlu kerap ke hospital mcm sebelum ni.

Eh. Kita nak cerita pasal apa sebenarnya ni kehkeh.

Ok berbalik tentang cerita adik, Ayra Khadeejah dah settle all the vaccination walaupun agak lambat. Now dah jarang naik eczema walaupun makan tak jaga. Cuma ada sekali dua lah kalau eczema datang kena tune balik food dan sapu cream on time.


Part bercakap?. Masya Allah memang tak boleh lawan. Now dah boleh bina 4 perkataan dalam satu ayat. Contohnya bila nampak mommy duduk dalam toilet sental baju sekolah kakak.

     " Mommy cuci baju sekolah kakak, eh?"
     " Mommy adik minum air, eh?"

Eh, eh, eh. Kadang ek. Kehkeh, Johor sangat bunyinya. Sudah pandai marah dan mendengus juga. 

     " Acik Lan ni. Jom la makan roti canai"
     " Ayah ni kacau adik aaaaaa". 

Sambil tangan dia menyepuk bapaknya. Hahaha.

Syok dengar Khadeejah bercakap. Ayat dia clear walaupun ada perkataan yang sedikit pelat. Susunan ayat pun dah okey pada pendengaran saya so takdelah mak dia risau bab pertututran dan percakapan anak hiks.


Cousin beza umur setahun tapi dah nak dekat sama beratnya heheh.

Sekarang berat Khadeejah 11.5 kilogram. Tinggi tak berapa ingat tapi almost 90cm jugak. Menurun ketinggian mommy agaknya kofs. So far chart adalah normal, BMI pun cantik alhamdulillah.

Dua bulan lagi birthday adik. Nanti kita celebrate ye. Mommy ayah kakak sayang adik sampai syurga.


** Dah kena fikir tentang potty train adik. Tapi mak malas. So kita fikir dulu lah ye, tindakan akan dijalankan kemudian kihkih.


2 busy bees:

nanonano said... Reply To This Comment

awai beno nk potty trainnyee..huhu

♥z@z@♥ said... Reply To This Comment

Deejah suke mkn mmg la bambam..haha

Post a Comment