Blogger templates

CNY : Exercise Di Taman Putra Perdana

Assalamualaikum.


















See. Dua-dua sembab, mata sepet. Cuci muka pun tak sempat ni hahaha.

Cerita Chinese New Year lepas. Kami balik dari Johor hari Isnin sebab nak elak jam, lepas itu mommy nak rehat-rehat sebelum masuk kerja eceh.

Selasa tu awal pagi anak-anak dah kena kejut. Actually yang nak exercise apaknya, tapi seperti biasalah anak-anak dan mak anak pun kena tag along, macam pom-pom girls lew kan. Sudahnya 2 round jogging pun tak sampai heh.


Bangun tidur terus exercise memanglah anak-anak excited. Cuaca pun best, sejuk berangin saja. While hubs dengan bil jogging, saya bawa diorang pusing keliling taman, memang luas sangat. Letih berjalan. Mujurlah adik tak minta dukung kalau tidak memang rebeh bahu mak dia.

Stop dekat sini sebab anak-anak dahaga nak minum air, nak rehat. Sambil itu dapat tengok abang-abang shoot video dengan basikal. Kendian sambung lagi berjalan, gagah betul budak berdua ni tak komplen penat langsung. Mak dia yang kejap-kejap mintak stop.

Taman ni syok kalau pergi awal pagi. Sejuk lepastu bunyi burung-burung aaaa nyaman je rasa. 


Singgah sekejap di Plaza Mercu Tanda. Mercu berketinggian 78 meter ini direka dengan design piramid dan ianya dikatakan menjadi simbol kebanggaan penubuhan Putrajaya. Dirasmikan oleh Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1995, no wonder nampak agak buruk dan tidak terjaga, dah berusia 21 tahun pun mercu tanda ni.

Adik as usual memang camera-ready.

Jalan jalan lagi pusing taman, naik bukit turun bukit. Ambil gambar, ambil video. Itu je kerjanya hahaha.


Taman Putra Perdana ni terletak di aras tertinggi di kawasan Precint 1. Disekelilingnya adalah kompleks-kompleks pejabat kerajaan dan beberapa buah taman lain. Selain jogging, boleh juga adakan aktiviti lain seperti piknik, bbq malah ada taman permainan anak-anak di kawasan berdekatan.

Kami memang enjoy setiap kali datang ke taman ni. Enjoy fresh air, dan juga warna hijau yang ada padanya. Pandang kiri kanan depan belakang semua pun hijau.

I loike.

Cuma bab kebersihan macam tak terjaga sangat. Banyak juga tempat berteduh macam wakaf dibina di sekeliling taman tapi tidak terjaga. Kotor, banyak sampah dan sebagainya. Tak macam Taman Saujana Hijau di Presint 11. Yang itu kita story later.



0 busy bees:

Post a Comment