Blogger templates

Kena Buli? Updated.

Assalamualaikum.

Update kisah buli budak sekolah rendah hiks. Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Dapat cikgu dan ustazah yang memahami dan tak judge parents sebagai "mengada-perasan-anak-dia-je-baik" what so ever.

Sebenarnya bukan nak besarkan cerita. Tapi bagi saya biar cikgu tahu awal, boleh monitor mana yang patut. At least anak saya tak stress pergi sekolah, dan sifat membuli itu tak dibiarkan pada budak yang membuli. Iyalah, hari ini buli pukul sikit-sikit, rampas sikit-sikit, esok lusa kita tak tahu apa lagi dia akan buat. Kesan jangka panjang?. Allahu a'lam.


Malu juga nak w.app cikgu. So saya tanya dia bila free, atau waktu tak ada kelas, saya nak datang jumpa. Cikgu tanya ada hal apa, saya explain lah rupanya dia kabo w.app je kalau hal macam ni. Eheh, malu kejap tao.

Kebetulan hari yang sama, hubs ada kerja di Pjaya. Singgah terus sekolah jumpa cikgu yang kebetulan mengajar dalam kelas kakak. Rupanya cikgu dah tukarkan tempat duduk kakak dalam group lain, jauh sedikit dari tempat duduk asal. Alhamdulillah. Happylah dia sebab duduk sekali dengan kawan lain yang sekepala.

Tu cerita sekolah pagi. Kami tak jumpa ustaz sekolah petang, still kakak masih duduk semeja dan sekelas. Jumaat lepas kakak cranky juga nak ke sekolah. Saya pujuk dan stay agak lama dalam kelas, sempat jumpa budak tu.

Saya ajak dia berbual. Saya tanya kenapa buat kakak. Tanya kenapa dia suruh kakak pegang langsir padahal masa itu semua budak kena buat kerja sekolah walaupun takde cikgu.


Dia jerit. Dia kata tak ada buat kakak. Cuma suruh selak langsir lepas itu dia kata kakak penipu. Ok takpa, saya tanya kakak balik dan minta explain. Saya kata jangan bohong sebab Allah tahu. Sambil nangis dia kata kena pegang langsir sambil sebelah tgn lagi buat kerja sekolah.

Sebaknya hati saya.

Lepas itu saya minta mereka berdua salam minta maaf. Lepas ini jangan gaduh-gaduh lagi. Tapi saya dh pesan dengan kakak, jangan rapat lagi macam dulu. Saya taknak anak saya kena buli, kena peras, kena label penipu pembohong ikut sedap dia bercakap. Saya geram sebenarnya, sebab saya besarkan anak-anak bukan dalam keadaan begitu. Bukan dengan mengajar cakap bukan-bukan, sebut yang bukan-bukan. 

Banyak lagi benda nak cerita tapi macam tersekat kat kerongkong. 

Tak apa lah, pujuk hati sendiri. At least kakak dah spell out masalah dia dekat sekolah, dan cikgu dah ambil tindakan untuk asingkan kakak dari budak tu. Sekolah petang pun saya dah tukarkan sendiri tempat duduk sebab kebetulan ada kosong dekat group lain. Doa banyak-banyak semoga dipermudahkan untuk kakak, supaya dia tenang dan tak sedih-sedih pergi sekolah.



2 busy bees:

Intan and The Boys said... Reply To This Comment

alhamdulillah, moga kakak dpt belajar dgn tenang dan happy.

♥z@z@♥ said... Reply To This Comment

sedih oih bila anak kene masalah mcm nie..sbb kite dh jaga sehabis elok kan..tp tetibe plak jd gnie..

Post a Comment