Blogger templates

Kena Buli?.

Assalamualaikum.

Memasuki minggu ke enam persekolahan. Alhamdulillah masih meneruskan misi berbekal everyday untuk kakak. Masih gigih berpanas terik hujan petir sanggup ku redahi gitu.

Today nak share tentang school bullying. Actually buli itself memberi maksud dan gambaran berbeza bagi setiap orang. Generally, ia perbuatan mengasari orang lain, memeras, membuat orang lain rasa tidak selesa. Sekaligus menyebabkan mangsa tadi terpaksa jadi pengikut dan pak turut pemangsa.

So sad.

Few weeks back, ada adegan menangis di sekolah. Sekali lagi selepas tragedi menangis kepenatan menjawab exam KAFA tempohari. But this time nampaknya agak serious. Sampai merayu-rayu minta mommy ayah carikan sekolah lain. Allahu rasa nak pitam mommy ayah dengar. 


Sebenarnya pada saya agak kasar nak label seseorang sebagai pembuli. Haih, tapi dari start sekolah bermula saya dah perhatikan perangai this girl. Suka meminta (saya tak kisah kalau minta foods, malah kadang bekalkan lebih supaya dapat makan sama-sama), suka merampas, suka memaksa kakak buat sesuatu yang dia nak, dan jangan buat apa yang dia tak suka.

Contoh. Kena marah, kena pukul sebab kakak nak berkawan dengan kawan-kawan lain.

Saya tak kisah sangat sebab kakak kata dia tak kena pukul dia tempat2 seperti muka atau kepala. Panas juga hati tapi sabarkan saja. Anggap saja gurauan kasar budak-budak. Tapi few times saya nampak sendiri, dari ikhlas dah jadi tak ikhlas. Aduh rasa tak baik pula mengadu macam ni.

One day kakak kena tegur dengan teacher. Sebab cikgu dengar kakak kata kawan A lembab. Ya Allah, sedih rasanya. Saya tahu anak saya bukan baik, tapi sekurang-kurangnya dia tak pernah cakap kasar macam itu depan kami. At least dia akan tanya dulu, like "Mommy boleh ke kakak cakap lembab?. Boleh ke kakak cakap kau aku?". Begitu.

So saya tanya kawan A. Rupanya that girl yang bercakap, tapi ditudingnya ke anak saya.

Semalam, lunch time seperti biasa saya temankan kakak makan di kantin. Lauk agak masin, so dia refuse untuk habiskan. Saya bilang nanti lapar, so belikan dia sosej roll. Baru capai kat tangan, belum sempat masuk mulut dah kena rampas. Nak juga katanya. Fine, saya tak ada masalah nak beli untuk dia. Tapi saya rasa cara dia kasar. Saya sendiri tak suka, apalagi anak kecik macam tu. Memang airmuka kakak berubah. Tapi saya buat tak tahu walaupun hati rasa sebal.

Ingatkan cerita sebal sampai situ saja rupanya berpanjangan haih.



Hubs dah banyak kali ajak pergi jumpa cikgu kelas tapi saya refuse. Mula-mula dulu saja nak tengok setakat mana. Takut anak kita yang melebih-lebih. Tak ada apa, saja reka cerita. Tapi lama-lama bila saya sendiri kena dan pernah nampak sekali dua that girl pukul budak lain, saya jadi percaya sedikit dengan apa yang kakak ceritakan.

So bincang dengan hubs dan kami rasa perlu jumpa cikgu untuk selesaikan. Apa tindakan yang patut saya dan cikgu ambil untuk elakkan kakak tak mahu sekolah. Itu masalah besar.

Hope everything goes well. 

Saya rindu anak saya yang happy dan ceria everytime pergi sekolah. Macam dulu.

Take care. Insya Allah, I will keep this case updates.


4 busy bees:

izzatul azma mohd asri said... Reply To This Comment

Alahai kesiannya Kakak. Tapi untungnya Kakak, Mommy dia dapat temankan makan tiap kali lunch hour.. dah tu bila time Mommy makan pulak ?

Nanti update kes ni ye Ann, nak tau cerita jugak. Hopefully semuanya berjalan lancar..

Ann Ilias said... Reply To This Comment

Mummy dia makan dalam kereta. 5 minit sebelum lunch time kakak eheh.

Itulah. Tak sangka jadi mcm ni. Actually ada benda lagi dia kena tapi nnt lah aku cerita next episod

♥z@z@♥ said... Reply To This Comment

huih ann..teruk tue..better jumpa cikgu cepat² dan kalau boleh jumpa parents dia sekali..nk tau jgk mmg perangai mcm tue..bagus mummy dia boleh sabar..kalau kena kt mama zaza nie..siap budak tue..

harap kakak x trauma la nanti..cepat² settle k..u too take care..

nanonano said... Reply To This Comment

saspennye,cmne nk buat tu,
aku pon mati kutu klu kne cmtu
takot cikgu pon sambil lewa dgr aduan kite, haihh

Post a Comment