Blogger templates

Kosong

Assalamualaikum.


Saya adalah pembaca setia blog Diana Ishak. Dari zaman free hair, pakai tank and top, dedah sana sini Allahu masa tu rasa modennya dia ni. Family tak kisah, suami apatah lagi. 

Jangan salah sangka. Saya bukan orang baik. Pernah tergelincir juga kadangkala.

Saya follow Kak Diana sehingga hari ini. Cerita-ceritanya, ayat-ayatnya masih sama macam dulu. Yang bezanya adalah diri dia yang sekarang. Masya Allah, sekarang ini lain sangat, dulu mungkin saya rasa saya a lot better from her. But now? 

Allah nak bagi hidayah sekelip mata saja kan.

Kita mungkin di uji dengan harta benda, dengan kawan-kawan, dengan anak-anak sampai lupa tanggungjawab. Bila dah tersungkur baru sibuk nak carik Tuhan.

Haih.


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
 “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu." (HR. Ahmad dan a-Tirmizi)


اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
"Ya Allah yang mengubahkan hati, ubahlah hati-hati kami kepada mentaatiMu" 
( Imam Muslim)



0 busy bees:

Post a Comment