Blogger templates

ILSM 2016 : Makan-Makan Di Sungkai, Perak.

Assalamualaikum.

Seperti biasa, kalau ikut tahun-tahun sebelumnya, aktiviti melawat Sungkai sudah seakan menjadi aktiviti wajib setiap tahun bagi kami sekeluarga hiks. Maklumlah, semua pun sayang sangat nak lepas mommy pergi jauh-jauh kan hahaha.

Nak share dulu tempat makan best di Sungkai. Cerita kursus, hotel dan lain-lain kita share later. Aih, banyak juga tempat baru jumpa yang best di Sungkai ni. Tahun lepas pergi tak berapa seronok macam tahun ini hiks. 

Setiap pagi hubs akan hantar saya ke institut, singgah breakfast di Medan Selera Feldajaya. Kalau dari arah Sungkai, medan selera ini terletak di kiri anda, dan agak jauh melepasi kawasan institut. Kalau dari Slim River, medan selera ini di sebelah kanan, perlu u-turn untuk teruskan jalan ke institut semula. 


Apa yang menarik?. Heheh, ROTI CANAI. Ala, roti canai je pun kohkoh tapi jangan tak percaya, roti canai dia best gila. Jarang sangat melayu buat roti canai sedap mcm ni. Ini sirius. Seperti biasa, kita ada juri tetap untuk setiap kedai roti canai yang kita singgah. Heheh, siapa lagi kalau bukan si kakak.

So far roti canai fav kakak dekat Darussalam Putrajaya. Mamak lew apalagi heh.


Kali ini kami sempat singgah makan di Restoran Nasi Bamboo yang femes ittew. Sebelum ni lokasi nasi bamboo agak tersorok di laluan ke homestay Sg Klah. A lot better bila depa dah move out ke kawasan tepi jalan macam ni, ramai yang datang singgah sebab dari jauh dah boleh nampak.


Masa kami sampai, agak blur at first. Style restoran ni adalah makan berhidang. Semua lauk pauk ada di kaunter hadapan. Berbaris ditutupi tudung saji. Sayangnya tiada gambar hiks. Kita pilih lauk ikut jenis dan mangkuk. Semangkuk sayur pelbagai jenis RM3, manakala lauk utama seperti ayam hutan, ikan, daging dsb berharga RM10/semangkuk dan RM5/half mangkuk.

Selepas pilih lauk pauk, kena bayar di situ juga. Kemudian beli nasi pula. Ada dua pilihan iaitu nasi bamboo dan nasi bakar. Nasi bamboo dimasak dengan daun dalam buluh. Harganya RM2/buluh.


Agak ramai juga yang datang makan di sini even weekday. Pukul 1 dah penuh seat. Lauk pauk sedap boleh tahan, especially ikan bakar. Saya yang tak makan tilapia pun bukan main makan macam x ingat dunia haha. Sedap sangat. Bila dah habis baru hubs kabo ikan tu. Ok fine tak rasa lain, tak bau lain kita telan sajo haha.

Total damage around RM40 makan 5 orang termasuk Kaisya & Deejah :)


Ok itu sajo nak share. Kekawan office yang ada terlalu Sungkai secara paksa atau sukarela bolehla singgah dua tempat ni. Insya Allah puas hati.

Until then take care people.

1 busy bees:

Dewi Aja said... Reply To This Comment

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Post a Comment