Blogger templates

Piknik Di Taman Saujana Hijau

Assalamualaikum.

Ini merupakan kali kedua kami ke sini. Pertama kali dengan blogger Julee, jalan jalan ambil gambar anak anak saja. Datang pun agak lambat sebab x tahu jalan, so matahari dah naik atas kepala. Terik berpinau biji mata heh. Kali ini awal pagi kami sampai. Dah pesan pada anak-anak the night before. Esok mami nak pergi piknik, korang kena bangun awal.

Ya memang awal betullah depa berdua bangun haha.


Ceria sangat semua kan. Kakak dengan skuter pinknya, so nak tak nak kena juga keluarkan ride on adik. Oh ride on ni memang dah lama duduk bergelap dalam stor. Sejak kisah adik jatuh dan kena ct scan dulu. Sobs takut nak ingat balik.

Awal pagi memang best suasana di taman ni. Angin sepoi, jalan satu pusingan taman tu pun tak rasa letih. Mulanya kami cari gazebo/wakaf area atas bukit, tapi sayangnya terlambat sedikit. Nampak dah ada food container, towel dan baju-baju confirm dah kena "tempah" hahah.


Jalan atas sikit, nampak satu kawasan lapang. Ada few peoples yang dah start bentang tikar. Ok nampaknya sini lagi best. Kakak pergi cari spot strategik, while mommy taking pictures eheh. Ayah, bil dan Khadeejah pergi kereta ambil bakul makanan, nak piknik kena ada bakul bak kata kakak.

Masak simple saja, bihun goreng dengan telur dadar, goreng keropok dengan sandwich. Air teh dalam thermos siap skali cawan minum teh kaca tu. Korang ade?. Haha ini kes tak ada cawan plastik/polisterin so belasah je apa ada janji boleh guna untuk minum kohkoh.

Gambar Deejah di atas tujuan asal nak snap yang belakang tu. Ramai betul remaja-remaja buat outdoor party mcm ni. Mata melilau lilau saja pandang belon-belon yang depa bawa kesana sini. Bersabarlah anak-anak ya hahaha.

Lepas kenyang perut, suka hati baru best nak jalan-jalan lagi. Pusing-pusing taman cari port cantik untuk ambil gambar. Ini salah satu tempat yang cantik pada mata saya. 





Kepada korang yang suka photoshoot, tempat ini memang recommended. Landskap lawa feeling macam dekat oversea gituw. Tak tahu jalan boleh waze address ini : Jalan P11, Presint 11 Putrajaya. 

Until then, take care peeps.

0 busy bees:

Post a Comment