Blogger templates

Seronoknya Ikea : Algot Storage System

Assalamualaikum.

Bertemu kembali kita dalam siri "Seronoknya Ikea" bahagian kedua. Wah mentang-mentang Ikea sudah dekat, macam-macam ada na hahaha. Ok siri kali ini nak share tentang Algot storage system.

Kita tak ada proper almari untuk baju anak-anak. Sebelum ni beli almari murah from groupon, material kain dan besi pasang sendiri. Cantik tapi tak tahan nak hold pakaian yang berat. Satu layer at least bolehla letak 2-3 pasang. Dah baju diorang boleh tahan banyak maka lama-lama melengkung kainnya. Being me yang ada mild OCD asik lew nak kena jahit bagi straight. Haih.

So masa jalan-jalan Ikea kununnya nak cari drawer biasa sahaja. Sekali terpandang Algot aaaaa saya terus jatuh cinta pandang pertama. 

Ewah.


Konsep Ikea adalah beli dan pasang ikut kreativiti kita sendiri. It's apply on all products.

Algot ada dua jenis frame. Dalam gambar atas ni yang besar, RM55 boleh letak maximum 6 buah mesh basket size kecil yang berharga RM20/pcs. Macam drawer untuk baju anak-anak saya gunakan dua mesh basket besar berharga RM30/pcs dan dua mesh basket size kecil.

Total drawer di atas adalah RM155.

Selain mesh basket, ada juga pilihan basket biasa (ada jaring-jaring yang jarang sedikit. buh baju kena lipat kalau terabur mcm si femalas atas ni memang tak nampak proper eheh) berharga RM20/pcs untuk besaq dan RM10/pcs untuk size kecil.


Ini pula play area anak-anak. Kawasan kecil dekat bilik belakang yang kosong. 

Misi sebelum masuk tahun 2016 saya dan suami adalah nak mengurangkan "sampah" dalam rumah especially dalam bakul mainan anak-anak. Mission accomplished. Banyak sangat soft toys kami letak dalam box di bawah rumah. Bagi syarat kakak dan adik cuma boleh simpan satu soft toys setiap seorang. Ada juga adegan merayu nak simpan banyak-banyak bear tapi bolayan. 

Hubs ganti toys yang dah dibuang dengan few educational toys yang kami beli dari GM Klang dan Ikea. 


Algot kat play area ni size kecil sikit. Frame sahaja RM45, boleh isi maximum 4 pcs mesh basket size kecil. Saya gunakan satu mesh basket size besar dan dua mesh basket size kecil. Oh btw pooh tu adik pilih, pororo pula memang kesayangan kakak dari usia dia 2 tahun lagi.

Total harga drawer ni pula RM115.

So far memang puas hati pakai Algot. Khadeejah kalau nak baca buku dia akan tarik satu basket bawa ke hall. Senang dan mudah mak dia nak kemas.

Ok apalagi. Terjah Ikea sekarang untuk dapatkan Algot storage system. Make sure check availability kat website, karang pergi tak ada stock nangis kat pintu Ikea nanti eheh.

2 busy bees:

mamaelly said... Reply To This Comment

kirim.hahahahah

Ann Ilias said... Reply To This Comment

Boleh boleh. Roger je kalau nak kirim nanti elly balik sem boleh pikap heheh

Post a Comment