Blogger templates

Bulan Ke 3 Persekolahan.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Memasuki bulan ketiga persekolahan. 

Masih lagi agak liat sedikit nak bangun pagi. Masih berbento air tangan mommy. Semua masih sama macam awal-awal persekolahan dulu. Cerita kena buli, masih ada juga sikit-sikit tp selepas insiden saya naik angin dekat sekolah (naik angin sampai kepala saja, tak mengamuk pun hahaha) agak kurang dapat cerita-cerita negatif. Mungkin juga amaran cikgu sedikit keras dan sampai ke dalam hati mereka jadi ada yang takut nak buat bukan-bukan. Kakak cerita one day, ada kawan lelaki tanya. 

"Ayah awak tak bagi orang sentuh awak ya?.

Hahaha. Kelakar. Tapi bagus juga, at least depa take note apa boleh buat, apa tak boleh buat. Lagi-lagi antara girls and boys.


Cikgu kelas kakak create satu group w.app khas untuk kelas mereka. Erm actually tentang group w.app ni pun ada pro and cons. Itu kita cerita later.

Semua teacher yang mengajar dalam kelas kakak ada dalam group tersebut. Jadi agak mudah kami nak monitor anak-anak especially part homework yang tak sempat siap dalam kelas. 

Paling best sebab teacher english kakak agak agresif dalam mengupdate aktiviti anak-anak ini di dalam group. Tak cukup dengan gambar, dia hantar videos pula. Sweet angat tao cikgu ni. Kakak pun selalu puji, kiranya beliau adalah di antara cikgu favourite kakak.


Sama juga dengan ustaz kelas Kafa. Suka sangat update w.app group dengan pictures and videos. Ini gambar masa kelas amali solat. Nampak tak tu, si kakak tu tengah solat pun sempat lagi pusing tengok kawan-kawan dia haha.

Amali solat zohor dibuat ikut hari tetapi untuk solat Asar setiap hari. Jam 4.30 petang depa semua akan ke dewan besar, bentang tikar dan mula selawat sampai azan. Kemudian solat Asar, terus zikir dan doa disudahi dengan doa khatam Quran.

Selalunya siap around 5.20 petang. Mereput mak tunggu dekat luar hiks. 

Tapi tak apa, saham akhirat tu insya Allah.




0 busy bees:

Post a Comment