Blogger templates

DIY Game Books For Kids

Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita tentang DIY game books for kids. Sebelum ni banyak baca tentang DIY game books dalam blog, website dan ada juga rakan-rakan saya yang dah lama buat sendiri game books diorang.

Erm biasalah. Saya memang selalunya yang terakhir haha. Orang dah sampai London saya baru terhegeh-hegeh nak check in kat KLIA. Sokay, better late than never kan hiks.

First thing first, kena beli laminate machine dan plastiknya. Kenapa kena beli?. Of course lah beli sendiri sebab agak segan nak pakai office punya. Nak buat banyak, kalau setakat sekeping dua boleh tahan malu lagi lew kofs. Kalau dah beratus keping, tebal juga muka ye dop. So that week memang meratalah saya dan husband pergi semata-mata nak membeli mesin tu. Ada info kata murah dekat Tesco. Tiga tesco kami pergi, semuanya habis stock. Haih, ni mesti cikgu cikgi dah borong sesiap ni kan heheh.

Last resort, saya pergi ke Harvey Norman di iOi Putrajaya. 

Sengih panjang bila depa kata ada stock, tapi tak semurah yang Tesco offer. Takpa lah, janji ada. Mak tengah semangat kekdahnya. Jadi dengan mesin berharga RM125 (ada less) dan laminate plastics RM55 untuk 100 pieces maka bermulalah misi DIY game books ini.


Excited.

Template luar tu saya save image dari google, edit sikit dekat paint lepas itu print. Saya print both side, 2 page per sheet sebab nak jimat. Cheapskate. Orang jimat tak rugi sebab buku jadi tebal, tak perlu print banyak-banyak hiks.

Semua worksheet saya download dari internet sahaja. Kemudian simpan dalam folder mengikut title. Senang nak cari dan print. Untuk Khadeejah, saya buatkan buku coloring, flashcard dan writing practices. Untuk kakak Kaiyisah, ada worksheet math (add, subtract, simple divide dan multiply -- ini belum start lagi), games like maze, matching, spot the differences dan word scramble, juga buku untuk jawi writing.


Saya gunakan whiteboard marker jenama A Line. Actually ini sahaja yang saya jumpa on the way keluar dari Harvey Norman. Latest info dari sister in law, ada marker yang washable dijual dengan harga RM5.90 (12 pens) di Mr. DIY. Pemadam tak beli at first, tapi dengan kebijaksanaan dan sel-sel otak yang berfungsi, maka span cuci pinggan mommy depa jadikan sebagai alat memadam. Bagus. Jimat duit mommy yeah.

So far sejak ada buku-buku ini, kakak kurang sikit leka dengan TV. Bukan bermakna tinggal terus tapi dah berkurangan. Adik as usual memang bukan kaki TV. Dia lebih suka main dengan sesuatu yang dia boleh pegang, sentuh macam lego. So game books ni sebagai alternatif selain lego sebab mak malas kemas kofs. Agak melekakan jugalah sebab dia boleh pegang pen all the time. Cuma kena bersabar dengan hasil contengan dekat kaki, tangan, baju san sebagainya.

Bawah ni saya list-kan few links di mana saya dapatkan cara untuk men-DIY game books dan worksheet-worksheet berkaitan. Saya suggest korang save/download yang offer dalam bentuk PDF utk dapatkan gambar yang lebih cantik dan tak pecah bila print.




Ok chu olls semoga entry ini bermanfaat ya.

Take care people. :)

3 busy bees:

izzatul.azma said... Reply To This Comment

tak sabar nak start balik projek !! kasih belum ada lg buku gini.. sblom ni mak buat aktiviti files je untuk dia.. coloring, aktiviti yg melibatkan motor.. tp mahal gak kot laminator ko tu.. aku beli rm99, sheet dia rm35 100 pcs.. tp xpe bendanya berbaloi beli !! thanks for sharing

nanonano said... Reply To This Comment

pm sy brape,

mamaelly said... Reply To This Comment

wah...semua ber DIY je ni.. hihihi gud gud

Post a Comment