Blogger templates

Hospitalized. Hadiah menjelang ulangtahun kedua.

Assalamualaikum.

Bertemu kembali. Minggu-minggu akhir setiap bulan agak busy dengan kerja yang perlu siap sebelum 4hb. Mak tepu sebenarnnya dengan rutin sama for the past 6 years. Tapi apa boleh buat, belum ada rezeki untuk kerja lain.


اَللهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ

Last two weeks, kakak start batuk berkahak. Kes kurang minum air dekat sekolah, lepas itu minum air sejuk hurm. Susah juga nak cakap, dah tegah dan tak bagi minum air sejuk, tp bila dekat sekolah nampak kawan-kawan minum, dia pun teringin. Kita bukan ada bersama dia 24 jam sehari nak cakap benda sama. Dah nasihat dengan harapan dia ingatlah.

So lepas beberapa hari batuk, mula dedar badannya. 

Bebudak ni kalau demam memang kami susah hati sikit. Temperature diorang tu bukan senang nak turun. Baru makan ubat, atau masuk ubat punggung kang x sampai dua jam dah spike balik. Malam tu kami ke emergency sebab kakak dah start talking nonsense. siap tanya saya, "awak. awak tahu tak mana ibu saya?". Zzzzzz terus merembes airmata mak. 

Doc test itu ini, dalam tidur tu dia bercakap benda bukan-bukan. Tak kenal saya, x recognize doctor. So doc kata nk check details pasal takut ada infection dalam otak. Allahu. Sampai ke situ tsk.

The whole night kami berkampung dekat ER. Mujur ada bil boleh jaga deejah dekat rumah. Saya memang tak suka bawa dia sekali bila nak ke klinik/hospital, kuman merata-rata sampai imagine depa menari-nari tumpang badan masing-masing nak sebarkan penyakit. Exaggerate. Doc bilang ujian darah nampak mcm takde apa yang teruk. Mungkin temperature dia tinggi sangat jadi dia meracau benda bukan-bukan. Alhamdulillah, risau sangat kami yelah doc terus jump into conclusion yang agak menakutkan. Meningitis bukan benda main-main. Nak check pun kena ambil air tulang belakang. 

Alhamdulillah few days lepas tu demam kebah. Tapi kena follow up blood test sehingga minggu seterusnya. 

Ok dah. Actually nak cerita tentang Khadeejah.

Kakak demam seminggu tu, dia sihat wal afiat. Siap gelakkan kakak kena paksa makan ubat. Maklumlah kakak kan penakot. 3 hari lepas kakak kebah demam, dia pulak yang demam panas. Allahu rasa nak nangis sebab baru nak lepaskan lelah yang sorang lagi pulak demam.


Ahad demam, bagi ubat sponging until Monday petang. Lepas itu gigih ke hospital sebab dah mula muntah-muntah dan cirit. 4 jam menunggu. Eh benda biasa lah 4 jam tu kalau ke hospital kerajaan. Erm, tapi selalu 4 jam settle siap ambil ubat. Ini 4 jam belum buat apa-apa, masih menunggu panggilan untuk masuk dalam bilik doktor.

Dah tak tahan, hubs drive ke An-Nur. Masa ni badan dia dah biru lebam-lebam sbb panas sangat. Sampai je nurse terus masukkan supp pcm, sponging dan try ambil darah tapi tak boleh. Darah pekat sangat sebab temp tinggi 40c masa tu. Allah, risau fit mcm kakak. Nurse terus sponginggggggg smpai doc dtg tengok. So sad sebab dia terus kena admit sebab muntah dan dehydrated. Malam tu berkampunglah kami di An Nur pula.


Dr. Khairul datang at 2.50am dengan muka baru bangun tido. Takpelah doc worth it kan haha sebab ku tgk charge dia untuk beberapa minit ditengah malam itu adalah RM350. Ok terbuntang jap biji mata. Lepas pasang IV line doc suh rest esok dia datang check balik dengan result darah. 

As expected, viral fever lah. See, kakak yang demam seminggu, dia yang kena masuk ward. Memang adik ni dia tak berapa kuat sangat compared to kakak. She was a premature baby with congenital pneumonia masa lahir dulu. Itu sebab kita prefer jaga dia sendiri dari hantar ke pusat jagaan/pengasuh. Tapi itu lew bila kakak balik bawa virus dan berjangkit kat adik, it's nothing we can do. 


Bantal belakang itu memang wajib dibawa kemana mana. Bantal busuk kekdahnya haha.

Alhamdulillah after 4 days boleh discharged. Actually pagi tu temp dia naik sikit, tapi sebab dia cranky nak balik depan doktor Khairul, terus doc kasi balik hiks. Continue medication at home. Insya Allah petang nanti ada appointment untuk follow up.

Just nak share, since kami sekeluarga ambil insurance from Cuepacs Care (untuk government servant) alhamdulillah walaupun tak banyak benefit yang best at least mereka cover full untuk medical bills, pre and post admission. So far dah 4 kali bebudak ni admitted (2 kali kakak, 2 kali adik) belum ada lagi masalah timbul.

Cuma ada sekali kami upgrade room yang berharga lebih dari kelayakan. Bila claim, tak dapat apa yang sepatutnya. So kami call dan minta depa explain. Katanya kalau kita ambil bilik yang melebihi kadar sebenar maka perbezaan harga kita akan tanggung, DAN 20% daripada jumlah yang dikenakan untuk lain-lain. 

So kita fahamlah. Siapa suruh tak baca kontrak betul-betul heheh.


Total bill Khadeejah that day dekat 3k juga. Nangis haha. Kena pay and claim sebab Khadeejah admitted dekat hospital bukan panel. Kalau hospital panel takda masalah, tunjuk kad sahaja. Tapi saya belum pernah lagi la tunjuk kad macam tu, sebab kami prefer jumpa peads yang sama from the very first time masa Kaiyisah admitted. Dah biasa, dah selesa.

Sorry. Ini bukan iklan untuk promote Cuepacs Care. So far experience kami dgn Cuepacs care ok-ok saja. No offence ya. Saya pun pernah dpt cerita ada sesetengah yg pernah bermasalah dengan syarikat insurance ini. Sorry to hear that. Saya cuma mampu berdoa semoga urusan kami dipermudahkan, sebab kami belum mampu lagi nak bayar RM700 per family untuk insurance sahaja. 

Thats all for now. Thanks sudi singgah sini. Btw today birthday Khadeejah. Tengah pikior apa nak buat, apa nak beli. Haha kesian adik, mak dia tak excited pun nak ceberate.

Okbai. Take care people.



0 busy bees:

Post a Comment