Blogger templates

ILSM 2016 : Summit Signature Hotel

Assalamualaikum.

Lama tak ada update. Busy bee dekat office, maklumlah kerja mak kejar dateline. Kalau tak siap nanti kena petir hahaha.

Ok jom kita sambung cerita kursus tempohari.

Pada awalnya perancangan kami adalah untuk menginap di homestay cousin saya di Proton City, Tanjung Malim. Memang agak jauh perjalanan nak ke ILSM tapi sebab ada driver maka saya tidaklah risau sangat. Kami bertolak awal pagi Selasa, lebih kurang jam 5 pagi dari Pjaya dan sampai di Sungkai around 7.30am. Breakfast di warung yang kebiasannya kami singgah bila ke Sungkai. 

Saya terus ke dewan kursus. Husband, BIL dan anak-anak bergerak menuju homestay Proton City.


Pukul 10 pagi saya dapat sms dari husband. Depa sesat. Anak-anak dah mula cranky sebab lama sangat dalam kereta, dengan tak mandi huhu so husband patah balik konon nak check in hotel di pekan Sungkai saja, seperti tahun sebelumnya.

Saya dah tak senang duduk. Duk fikir anak-anak lagi haih kesian depa. Tak lama lepastu husband whatsapp gambar terus lega hati.


Amboi seronok sangat dia tao.

Kami stay di Summit Signature Hotel, Slim River. Betul-betul terletak di jalan keluar dari Highway Slim River. Hotel baru, bilik besar, cantik dan bersih, ada tea and coffee making, kettle, mini fridge which is saya rasa WOW sangat sebab room rate adalah RM88/night. Bawah tu boleh tambah lagi extra bed.












Hotel ini strategik. Disekelilingnya banyak kedai makan, ada Watson, Eco dan beberapa buah kedai serbaguna seperti kedai RM2, ada Econsave. Korang nak pergi kursus pun senang hati nak tinggal anak-anak. Confirm depa happy dan takkan kelaparan hahaha.

Room rate seperti yang saya mentioned di atas tadi, Deluxe Room(King/Twin Bed) berharga RM88 semalam dan Executive Room RM158 semalam.

Satu perkara yang saya perasan di kawasan ini, angin sentiasa bertiup kencang. Macam dekat tepi laut. Sejuk, serious best rasa macam tengah holiday pulak haha. Mungkin sebab surrounding-nya adalah kawasan gunung ganang, hutan maka cuaca sejuk dan kurang panas. Agaknya, sekadar telahan seorang perempuan yang baru pertama kali datang Slim River hiks.


















Check in & Check out process was smooth. Reception pun friendly, guard pula suka bukakan pintu each and every time kami keluar masuk hotel, lepas itu suka share tempat makan best.

5 thumbs up for this hotel, boleh gitu?. Hiks, saya rekemen korang stay sini sebab murah, cantik dan bersih. Unless you adalah seorang yang cerewet dan selalu stay hotel mahal, then it won't suit you well. 

Ok jumpa lagi tahun depan dengan cerita berkursus lagi. 

Take care people.


0 busy bees:

Post a Comment