Blogger templates

Kelas Roti di Kolej Komuniti Hulu Langat

Assalamualaikum.



Sekali lagi, kelas tak dirancang eheh. Masuk kerja selepas bercuti sehari settlekan urusan hospital Khadeejah, dapat email Puspanita tak cukup ahli nak organized kelas roti. Apalagi, mak pun cepat-cepat email nak masuk nama. Ada pulak member lain nak follow. So jejomslah kita.

Macam sebelum ni, kursus jangka pendek seperti ini dijalankan di Kolej Komuniti Hulu Langat. Area Kajang berdekatan Saujana Impian, Tesco dan Giant Kajang. Refer balik entry lama tentang kelas jahitan, baru perasan hello-hello from Xeea. Alamak seriously lupa awak kat sana. Minggu lepas pergi pun lupa juga nak hello. So sad.


Cikgu kita pada hari kejadian adalah seorang chef yang dijemput khas daripada Kolej Komuniti Selayang. Di sana memang ada full time student untuk course bakery, so kemudahan lebih lengkap berbanding di Hulu Langat yang hanya menjalankan kursus jangka pendek sahaja.

Tapi tak apa, janji dapat buat roti eheh.

Class starts at 9am. Chef ajar from scratch. Dari kenal penimbang, bahan-bahan, cara mengukur bahan, pengenalan kepada roti dan jenis-jenisnya dsb. Kemudian barulah mula main dengan tepung, butter, yis dan sebagainya.

Roti kita pada hari tersebut bertajuk bun kacang, bun kelapa, roti paun dan juga croissant.


Resipi roti ni agak ringkas. Tapi hasilnya marvelous. Lembut di dalam lembut di luar. Gitu.

Selepas sahaja bentukkan roti dan letak filling, sementara nak menunggu roti naik kali kedua, chef start ajar untuk uli croissant pula. Di sinilah bermulanya drama kesedihan kami.

Untuk croissant, actually bahan yang diperlukan ada yang agak sukar dapat. Sepatutnya beberapa hari sebelum kelas mungkin dah boleh prepare. Tapi wallahualam tak tahu apa masalahnya, the day itself, satu bahan penting tak ada. Maka chef cuba gantikan dengan pure butter. 

Namun apakandaya, tetap tak berhasil kejadiannya.

Time ni muka chef agak stress. Mungkin dia tak puas hati sebab tak dapat deliver dengan betul. Adatlah sebagai seorang cikgu, mesti nak tunjukkan yang terbaik pada anak murid. So sebagai ganti, beliau sediakan satu slot kelas percuma kepada kami untuk belajar croissant. Insya Allah awal April di Kolej Komuniti Selayang.


Jadi, oleh kerana croissant tak menjadi, maka roti ini sahaja yang ada dalam gambar. 

Resipi senang, hasil sedap. Itu yang kita cari muahaha. Siapa nak resipi, tinggalkan email nanti kita send deh. 

Ok take care people.

2 busy bees:

munira aris said... Reply To This Comment

muniraaris86@gmail.com... jgn lupee send resepi ye momy :D

nanonano said... Reply To This Comment

xnak resepi, nak roti awk buat :p

Post a Comment