Blogger templates

Ayra Khadeejah Turns 2

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Pelangi selepas hujan guruh berdentum cewah. Bebudak makin sihat selepas masing-masing demam silih berganti sebelum ni. Mommy dia pulak sekarang ni tak berapa fit to work. But still have to work, gituw.

Khadeejah menginjak usia 2 tahun pada Khamis lepas. 

Sanah helwah little princess.


Perkembangan normal seperti kakak juga. At 2 years old sudah petah bercakap walaupun certain words tak berapa clear. Sudah boleh sebut nama sendiri, nama ayah mommy dan kakak bila ditanya. 

     "Siapa nama adik?"
     "Ayya Deeja binti Adam"

So sweet. Kihkih puji anak sendiri. Mohon maafkan.

Budak ini sangat tidak memilih makanan, tak macam kakak yang agak picky eater. Mungkin sebab sepanjang masa menjadi baby dia adalah seorang vegetarian. Mungkinlah. Kalau tidak, takkanlah selamba saja gigit buah tomato macam makan epal. Haish.


Tak ada majlis makan-makan untuk adik dan kakak. Sorry both of you. Sekarang kita tengah dalam fasa penjimatan untuk misi hujung tahun insya Allah. Moga Allah mudahkan. Doa banyak-banyak.

Tapi macam mustahil sangat tak celebrate langsung kan eheh. Maklumlah, ada siren bergerak dalam rumah tu. Birthday adik, kakak yang busy mencanang apa kena buat, apa kena beli. Dengan pesanan, jangan lupa sambut birthday kakak sekali.

Eh eh. Setahun berapa kali bithday budak ni agaknya.


So malam itu kami makan-makan di Padi House, Precint 3 Putrajaya. Beli cake 2 slices atas pilihan sendiri di Secret Recipe berdekatan. Makan berlima bersekali dengan bil yang semakin cemerlang menjadi babysitter Khadeejah hiks.

Makan-makan, lepak-lepak, melayan adik dan kakak bergaduh sikit, lepas itu kami pun pulang ke sarang. Perut kenyang hati pun senang maka semua pun tidur dengan nyenyak malam itu.


Selamat ulangtahun kedua, Ayra Khadeejah. Semoga adik kekal menjadi adik (boleh gitu hahaha), membesar dengan sihat, menjadi anak solehah untuk ayah dan mommy dan semoga Allah lindungi adik dari segala kejahatan dunia. 

More beautiful years ahead, insya Allah. 


2 busy bees:

nanonano said... Reply To This Comment

aku tringin nk tgk muke babysitter yg cemerlang tu
cer buat story psl dia skek,
tempek gmbr 5-6keping

Ann Ilias said... Reply To This Comment

Hahaha.
Insya Allah 1 fine day
Susah sangat nak ambik gambo babysitter nye pon kihkih

Post a Comment