Blogger templates

Komik Seram. Her favourite so far.

Assalamualaikum.

Ya. Sejak-sejak dah sekolah ni, memang favourite dia membaca komik. Dia tahu apa itu komik pun from her classmate, yang bawa komik masa first day datang sekolah. Baca sama-sama. Tapi waktu itu komik adiwira, kakak kata mcm superman, ultraman gitu haha.

So one day masa pergi shopping groceries dekat Aeon Big, kami singgah area stationeries. Kebetulan bersebelahan dengan rak-rak buku cerita. Ting, terus timbul idea dalam kepala dia nak ajak BIL teman konon just nak baca-baca sahaja.

Sudahnya mak kena bayar juga. Terpaksa.

Her first komik hantu, ever. Heh.


Tak padan. Saya bukan main lagi tak bagi beli sebab takut dia terpengaruh dan terbawa-bawa rasa takut itu pergi ke sekolah. Rupanya takde pun. Mak dia je yang exaggerate. Tapi itu lew ada masa dia takut juga nak pergi bilik belakang untuk ambil baju atau buku-buku. Kadang boleh bikin naik darah dibuatnya.

So since then asal ke Aeon Big memang wajib kena pow sebuah. Sampai la ni ada 5 buah buku dalam simpanan, yang paling baru dia pow mak dia semalam tsk.














Takpa lah time dia tengah suka membaca ni kita kasi je lah dia baca apa dia nak. Karang slowly kita tukar genre bacaan. Lagipun membaca itu jambatan ilmu. Seperti biasalah lepas kakak habis baca, kena report dekat mommy summary of each and every chapter. Takde kalu, mommy yang bertukar jadi hantu nanti akakaka.

So anak-anak korang minat apa?. Jomlah share sini.

0 busy bees:

Post a Comment