Blogger templates

Merungkai rindu : Travelog Umrah DIY

Assalamualaikum.


Agak lama sebenarnya buku ni saya beli. Habis di baca dalam masa 3 hari. Allahu terkesan sehingga kini.

Mungkin kerana faktor usia, tiap kali saya ulang baca setiap kali itulah rasa sebak, rasa macam "Ya Allah bila nak sampai giliran aku". "Ya Allah kenapa lambat sangat". "Ya Allah kenapa tidak dipermudahkan". Teruk sangat kan, sebab tidak disalahkan diri sendiri dulu. Mungkin jemputan itu sedang loading dan insya Allah akan sampai, soon. Tugas kita hanya usaha, doa dan selebihnya serahkan kepada Dia.

Saya tak pasti waktu itu apa yang saya browse, sehingga berjumpa dengan blog Zuera Abd Ghani ini. Satu persatu entry beliau saya baca, sebaknya Allah saja yang tahu. Mudahnya urusan beliau untuk sampai ke Baitullah. Terus petang itu saya mesej beliau untuk beli buku ini, share dengan kawan sebelah workstation dan dia pun excited sama. Buku ini berharga RM30 termasuk postage.

Agak excited pada mulanya, kemudian slowly datang rasa risau, persoalan demi persoalan silih berganti. Nampak macam mudahnya tapi in reality saya tak pasti sebab saya sendiri belum pernah sampai ke sana.


Travelog ini mengisahkan perjalanan umrah Zuera sekeluarga ke Baitullah dan bumi Haramain (Jeddah - Makkah - Ta'if - Madinah). Tempoh masa 14 hari dengan kos seorang lebih kurang RM2000 sahaja. 4 kali ganda murah dari pakej yang ada sekarang. Dalam buku ini beliau perincikan segala perkara daripada persediaan dari segi visa, pembelian tiket kapalterbang, urusan tempahan hotel, transport dan muassasah/mutawif di sana nanti.

Insya Allah kalau baca korang akan faham. Benda murah, kenalah buat kerja lebih sikit kan. 

Beliau ke sana menggunakan perkhidmatan Air Asia yang terbang directly ke Jeddah, dan kemudian terus ke Makkah. Beliau (suami) menukar pakaian ihram dan bermiqat di dalam kapal terbang. Bila saya google, ada 3 cara sebenarnya untuk ke sana. 1 dengan terbang ke Jeddah dan terus ke Makkah, 2 terbang ke Jeddah dan terus ke Madinah, 3 terbang directly ke Madinah dan kemudian baru ke Makkah.


Banyak tips yang diberikan oleh penulis dalam buku ini. Selain tip persediaan sebelum pergi sehinggalah ke tips apabila berada di sana, doa-doa yang perlu di baca untuk ibadah-ibadah tertentu dan sebagainya. Bagi yang belum sampai ke sana seperti saya, memang blur tapi penyampaian beliau agak mudah difahami.

Saya agak suka dengan pilihan beliau yang terus ke Makkah untuk melakukan umrah. Insya Allah kalau ada peluang pergi mungkin option begini yang akan saya lakukan. Insya Allah Insya Allah. Moga Allah permudahkan.

Pendapat peribadi saja ni, tak ada kena mengena dengan sesiapa hiks.



Antara tips-tips yang dibekalkan oleh penulis. Kalau berminat, korang boleh beli buku ini melalui blog beliau di sini. Semoga bermanfaat untuk semua.

Take care people. 

2 busy bees:

Raisya Az Zahra said... Reply To This Comment
This comment has been removed by the author.
ibnu arabi said... Reply To This Comment

Assalamualaikum wbt.

Berminat untuk belajar selok belok Umrah DIY ?

Dapatkan E-Book percuma Umrah DIY di link berikut

https://www.scribd.com/document/339786722/eBook-Umrah-DIY-by-Ibnu-Arabi#

Sertai Komuniti Umrah DIY untuk bimbingan secara percuma

telegram.me/notaumrahdiy
telegram.me/komunitiumrahdiy

www.umrahdiy.com.my

visa umrah boleh hubungi ust wan 017-3008021

Post a Comment