Blogger templates

Own ramblings.

Assalamualaikum.

Salam Jumaat. Alhamdulillah berjaya sampai ke hari terakhir bekerja untuk minggu ini. Esok weekend cuti hohoi boleh lepak-lepak sambil buat kerja rumah yang tak pernah habis tu hiks.

Plan this weekend, nak pergi Loq iOi Putrajaya. Ena kabo ada sale dan kebetulan saya macam dah lama sangat tak shopping for the girls. Beli sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Itu motto shopping sempena nak raya nanti hahah. Ahad ada birthday invitation Faqihah dekat KW, geng agak kacik si kakak tu. Hadiah dah beli, kakak pilih. Layankan je. Harap ayahnya tak kena panggil kerja on that day, if not memang confirm muncong sedepa. 

Bercerita tentang KW, rumah kami di sana sekarang masih lagi tenanted. Rasanya saya mmg tak pernah buka cerita tentang tenant dalam blog ni. Cukup membebankan, cukup menyakitkan hati dan perasaan, mendera naluri dan sanubari. Ecewah teruk sangat bunyinya hahaha. Well, takpa ujian Allah. Kita redha dalam masa sama cari jalan lain nak selesaikan. Mungkin sebab itu juga Allah mudahkan. Dalam masa tak sampai sebulan, ada hamba Allah yang sangat interested nak beli dan sentiasa push kami untuk percepatkan proses penjualan.

Now tunggu nak sign s&p saja. Nampaknya bukan rezeki kami nak menetap di KW tu. Insya Allah ada rezeki yang lain nanti. Doa saja semoga Allah lorongkan rezeki yang luas buat kami sekeluarga. 

Kerjaya masih seperti biasa. Suami dengan kerjanya, saya dengan kerja saya. Belum ada perancangan dan rezeki untuk beralih arah heheh. Cuma ada perancangan untuk berhijrah. Rancang dahulu, itupun memakan masa terlalu lama. Banyak perkara kena ambil kira, lebih-lebih lagi bila kakak dah mula sekolah. Semua pro's dan con's kena ditulis besar-besar. Supaya tak tersilap langkah.

Perancangan disusuli dengan doa, kemudian kita berserah kepada Allah. Dia yang tentukan apa yang terbaik untuk kita.

Apa lagi nak cerita. Haha. 

Next week public holiday dan cuti panjang. Ada family day dekat Melaka. Saja nak berkumpul adik beradik sebelum my sister fly ke Scotland Jun ini sobs. Oh cerita itu nanti kita story later. Tunggu orangnya sampai ke sana dulu lah yerp kohkih.

Melaka ni agak sesak sebenanrnya time cuti sekolah, cuti public holiday, cuti weekend pun sama. Jalan sesak dengan kereta, sudahlah banyak traffic light macam Putrajaya. Hahaha. Tapi tak apa, sekali sekala bukan selalu. Last time kami pergi Melaka was in 2014 kalau tak silap. Masa tu kenduri kahwin my sister dekat Muar, then kami lajak ke Melaka jalan jalan cari makan. And I was carrying Deejah for 7.5 months. Tup tup lepastu tak sampai sebulan dah beranak. Heh.

Sebbaik sempat makan asam pedas ngohngeh.

Oklah banyak cerita merepek hari ni. Lepastu tak ada gambar pulak heh. Insya Allah jumpa lagi next week dengan gambar anak-anak. Harapnya mak tak malas nak capture maklumlah kamera pixel kecik boring angat gambo tak cantik bluwergh. Tunggulah kot esok-esok ada orang nak belanja henpon Samsung S7 Edge ke, dapatlah mak selfie tanpa nampak jerawat lagi.

Ok take care people.



0 busy bees:

Post a Comment