Blogger templates

Skirts From #SewnByDayu

Assalamualaikum.

Hashtag ni dah viral dikalangan geng whatsapp hiks. Maka mak pun tak nak ketinggalan merebut slot untuk anak-anak walaupun tahu kakak tu bukan nak pakai skirt pun. Apakandaya mak gedik, terpaksa tempah jua.

From time to time janji dengan Dayu nak bagi ukuran anak-anak, hujung-hujung tak bagi jugak sampailah budak berdua tu demam berjemaah, then adik admitted to Annur. 

Tetap mak ingat skirt tu. Inform Dayu jahit jelah ikut ukuran normal cuma panjang skirt kakak lebihkan sedikit sebab dia tinggi.


Kata adik beradik. Kenalah pakai yang matching-matching gitu walaupun kakak pernah sekali dua bersuara tak nak dah pakai sama dengan adik. Haha, ok bila dah mula bersuara ni mak risau sikitlah. Means dia dah ada citarasa sendiri dan mak takleh suka hati nak arah dia pakai baju yang mak suka. Sobs.

Deejah as usual saya yang menurut perintah kofs.


Posmen pass barang, depa berdua buka terus excited masing-masing nak cuba. Deeja terus taknak tanggalkan skirt haha tapi paksa jugak sebab belum cuci. Karang ada yang gatal-gatal pulak maklumlah kulit dia kan ngada skek. Happy bersinar-sinar muka dapat dua skirts sorang kan.

Tapi alahai, kakak pulak yg sedih. 

Skirts dia tak muat!. Hahah. Kesian, muka kelat sungguh lahai. Mak pujuk dia dan janji untuk alter sikit nanti. Panjang ok dah, cuma pinggang je ketat. Sampai kat punggung nak masuk seksa nampaknya haha. Mungkin boleh alter pendekkan sikit dan buat pinggang baru. Itu yang terfikir dalam kepala. Cuma jadinya entah bila.

Btw thanks Dayu untuk 4 skirts comel ini. Insya Allah nanti ada kain lawa dan matching-matching kita order lagi deh.


1 busy bees:

Norhidayu Abdullah said... Reply To This Comment

Thanks Ann... Deeja ngan Alya antara customer terawal #SewnByDayu..
Cuak tau bila skirt tak muat, nasib mummy panndai alter..

Thanks again..

*okay nak gi post gmbar AKs kat page, skrg gak

Post a Comment