Blogger templates

Welcoming the month of Rajab.

Assalamualaikum.

Sejak bertukar header menjadi seorang supermom wannabe, automatically rasa excited nak berblog. Excited jelah, type nya tak jugak hahah. Konon macam supermom sangat kan, anak anak bising sikit dah mula nak mengamuk ahahah.

Cuma sekarang tak boleh nak marah-marah sangat. Dah ada tukang complaint. Karang ada yang sound, "mami ni asyik malah-malah je tau". 

Ok nak, mak sentap.


Alhamdulillah. Welcoming the month of Rejab. 

Sedang sibuk mengganti puasa-puasa yang tertinggal pada Ramadhan yang lepas. Haih, dah diberi masa dekat setahun, hujung-hujung macam ni jugak baru sibuk nak mengganti. Yelah, manusia kan mudah lupa tsk.

Last year banyak hari juga tertinggal. Yang wajib macam biasa, termasuklah cuti puasa, masuk ICU sebab denggi tahun lepas. Rasa cepat pulak masa berlalu. Macam baru rasanya beraya dalam wad, nampak orang datang tukar langsir, doktor-doktor dan nurse pakai baju cantik-cantik, while me lying on the bed, takda perasaan apa sebab sakit. 

Takpa. Allah uji sebab Dia sayang. There'll be a rainbow after the storm, kata omputeh. Cliche.



Insya Allah, sikit lagi. Harap dapat beraya sebelum mula berpuasa Ramadhan nanti. 

Take care people.

1 busy bees:

nurul aziyana said... Reply To This Comment

blom gnti puasa..adeh

Post a Comment