Blogger templates

Amera Faqihah Turns 6.

Assalamualaikum.

Cerita basi, as usual. Bertapa dalam gua baru jumpa jalan keluar. Itupun jalan selow macam kura-kura. So update pun lambat. Jari nak menaip, tapi otak membeku. Sudahnya semua entry ada tajuk tapi tak ada isi dalam. Sabar sajolah.

Panjang nampaknya mukadimah.

Kisah dua minggu lepas apabila dapat jemputan untuk memeriahkan birthday party F. Anak bakal besan yang sulung, kawan kakak yang agak baik juga. Mana boleh tak datang kan. Unless nak rasa dia luku atas kepala hahaha. Boleh tahan jugak keganasan makcik tu walaupun berbadan dua.


Excited sangat kakak. Beli hadiah seminggu dua sebelum majlis. Itupun lepas mommy ayah kena paksa haha. Jangan tertipu, hadiahnya bukanlah sebuah handphone seperti di dalam gambar. Itu hadiah untuk mommy dia akakaka. Ok tak kelakar.

Besan pun sambut birth date di bulan yang sama. So happy belated birthday besan. 

Sampai around 2pm, makcik tu tengah mengusung perut kesana sini. Seram nak tengok macam nak terlucut haha. Ok joking. Memang gigih, renyah, ganas semacam makcik ni. Takpa kita doakan saja moga dipermudahkan urusan bersalin nanti deh.


Seperti biasa, malu nak capture gambar makanan. Yang penting semua lazat. Bihun, mee sup, soto, begedil berhantu, puding sedut, cream puff, macaroon dan sebagainya yang-tak-mampu-diingat-kembali habis kami rasa semuanya. Bukan sekali, bahkan berkali-kali hahah. Gambar atas masa kami nyanyikan lagu birthday untuk F. Malu angat dia tao sampai gosok-gosok kepala tu.

Kami stay agak lama. Menunggu ketibaan kawan-kawan lain sambil mengulang makan beberapa kali lagi. Bebudak memang happy lah dapat kesana-sini. Kakak kejap-kejap keluar ambil air sejuk. Amboi suka sangat dia.


Acara wajib setiap kali berjumpa, camwhore lah apalagi. Abaikan la mana-mana pose yang nampak macam tak sedia tu. Lain kali kita cuba lagi deh. Yang sedia ada fotogenik macam besan ai tudung fink, kekalkan momentum itu untuk pertemuan-pertemuan akan datang. 

Love you all. Muah banyak banyak.


0 busy bees:

Post a Comment