Blogger templates

Family Outing Malacca 2016

Assalamualaikum. 

Jumpa lagi. Setiap hari niat nak menulis dalam ni, tapi tak kesampaian. Hujan, ribut dan petir saja lately, langsung tak menaikkan mood walaupun sejuk. Lagi rasa nak tarik selimut.

Itulah manusia. Masa panas terik sibuk minta hujan, dah diberi hujan, complaint pula. Tak reti bersyukur.

Apa pun, enrty ni nak story tentang family trip early this month.

Benda dah dirancang a month before. Antara adik beradik saja agendanya nak berjalan-jalan sekeluarga sebelum bulan puasa. Pilihan kali ini di Melaka Bandaraya Bersejarah dan banyak traffic light. Ok itu fakta bukan auta hiks. Selaku setiausaha yang setia maka saya pun buat itinerary (macam biasalah semua tempat pun saya nak buat itinerary haha), plan family meeting dan beberapa acara lain macam potluck dan sesi tukar hadiah. Nak buat sukaneka macam sikit sangat pula pesertanya hahaha.

Kami janji untuk jumpa di exit Tol Ayer Keroh jam 8.30 pagi. Kemudian singgah di Tourist Information Centre berdekatan Kompleks Kraf Melaka. Ada wakaf dekat situ so bolehla lepak sambil makan breakfast. 

Potluck bfast ni by yours truly, adik lelaki dan isterinya. Ada nasi lemak buah bidara, ayam goreng pandan, bihun goreng dan keropok. Air teh all the way from Johor. Jauh betul datangnya hiks.


Lepas breakfast kami menuju ke Zoo Melaka. Reward anak-anak sebelum ke tempat lain. Kononnya nak bagi depa happy dulu barulah tak cranky. Begitulah perancangannya. Tapi rupanya Allah dah rencanakan sesuatu yang lebih baik dari itu. 

Zoo Melaka (Day Zoo) opens daily from 9am to 6pm. Tiket berharga RM17.80 adult, RM7.10 untuk child dan senior citizen. Masa kami sampai keadaan masih lengang, walaupun di kaunter tiket agak ramai juga manusia. Awal lagi around 9.30am. So terus masuk dalam, kemudian terpinga-pinga haha. 

Lama dah kot since the last time kami visit zoo. Patutlah banyak perubahan.

Masuk dan jalan-jalan sikit, erm the same typical zoo in Malaysia (sila jangan kecam saya -- memang bukan semua tapi selalunya begitu) banyak yang tak terjaga. Sampah, busuk dan sebagainya. We ended up naik tram yang cost us another RM5/pax. Pusing satu zoo yang luas itu.


Keluar dari zoo dah lunch hour haha. So ikut itinerary kami akan terus ke Bandar Hilir. Banyak agenda di sana. Tapi semua pun macam letih, ditambah lagi mok-mok Naurah Sofiyya yang demam dah dua hari. So contact owner homestay dan kami terus ke sana.

Homestay agak jauh dari bandar Melaka. Kita share later.


0 busy bees:

Post a Comment