Blogger templates

Family Outing Malacca 2016

Assalamualaikum.

Sambung from entry family outing sebelum ini.

Kami sampai homestay lebih kurang jam 2.30 petang. Laparatun berkeriuk perut masing-masing. Masuk je dalam, apalagi terus adik-adik bawa masuk bekas-bekas makanan untuk lunch. Potluck from mak yang memang tak ada siapa boleh lawan hiks. Menu di hari raya gitu. Ada nasi impit, kuah kacang, lodeh, rendang daging dan ayam goreng.


Maaflah. Saya memang jarang makan nasi impit dengan kuah lodeh. Maka selamat menjamu mata dengan gambar rendang dan sambal kacang ini. Rasa dia memang tak leh nak kata apa *sambil kesat ailio*.

Kemudian sesi duduk-duduk borak-borak dan rehat macam aktiviti bila balik kampung Johor. Mandikan bebudak bagi depa segar lepastu main berkejoran dalam rumah. Semua pun jakun asyiklah nak naik turun tangga pening kepala mak. Sudahnya nenek kalih kerusi makan tutup tangga. Itupun ada yang curi-curi naik ikut lubang bawah kerusi. Bijak terlebih.


Cucuk-cucuk atuk dan nenek. 

Naurah Sofiyya masa ni dalam bilik, rehat. Agak cranky sebab badan tak sihat. So ended up semua pun duduk je dalam rumah. Lepas Maghrib barulah keluar untuk dinner.

Oh btw dinner ditaja sepenuhnya oleh Doktor Mohd Faeez eheh. Terima kasih daun keladi. Banyak lagi tempat makan best kat Johor tu kalau nak open table lagi muahaha. Lokasi di Hadramawt Palace, di Pusat Niaga Bukit Baru Melaka. Lebih kurang 15 minit drive from homestay. Sebab kami jarang-jarang makan makanan Arab, jadi kami let them decide the menus. Tambah nasi saja untuk suami dan anak-anak.


Winner of the night.

Apa tajuk menu tidaklah saya tahu exactly cuma apa yang pasti semua sedap dan lazat sehingga menjilat jari berkali-kali. Jari tangan, bukan kaki ya. Alhamdulillah.


0 busy bees:

Post a Comment