Blogger templates

GEGEY

Assalamualaikum.

Last week, balik saja from office ajak husband pergi Dengkil. Kebetulan beliau cuti, apalagi terus bawa anak-anak sama. Saya nak ke bakery untuk beli bahan-bahan buat biskut dan tart. Anak-anak dah lama request. Kesian tiap kali dengar permintaan depa berdua especially Khadeejah tu. Dia part merayu meratap kat mommy memang nombor satu. Boleh teriak dibuatnya, hahaha.

Lepas settle beli barang, ajak husband singgah makan. Actually tak cakap lg nak kemana, dia pun saspen kehkeh so bila dah sampai depan kedai macam tergaru-garu kepala. Betul ke ni. Takut salah tempat je sebab memang tak nampak mewah dan ekslusif macam dalam gambar. 


Restoran Gegey.

Gegey maksudnya bising dalam bahasa Kelantan. Tapi kedai ni tak bising pun heheh. Mungkin sebab waktu petang, tak ramai orang jadi nak order pun senang dan tak perlu tunggu lama. Restoran ni pernah viral sekejap di facebook dulu. Lama dah few months back tak silap. 

Cuma lately je kerap sangat beliau lalu lalang dalam timeline facebook saya. Tak tahan kena pergi cuba juga.


Termasuk dalam senarai menu istimewa mereka adalah benda ini, their extreme flavour yang bermacam jenis dan mengundang kencing manis hahah. Sesekali tak apa, kalau selalu confirm kena potong kaki.

Petang itu bagi kelonggaran untuk kakak pilih air untuk dia sendiri. Lama dah kena puasa minum ais. Bukan sengaja taknak kasi, tapi depa dua beradik tu kalau lebih sangat sejuk nanti batuk, selesema karang demam pulak. Adik takpa lagi senang makan ubat. Kakak seksa sikit. Banyak sangat drama dia.




Meleleh ailio.

Harga affordable. Untuk extreme flavour RM9.90 per cup. Memang cup besar boleh minum 2 orang. Itupun tak habis heh. Kalau taknak topping pun boleh, cuma RM5 sahaja.

Selain drinks, mereka juga ada menu makanan seperti nasi gegey dan nasi kerabu gegey, roti jala, keropok goreng dan lain-lain. Both nasi tu kami rasa memang sedap sampai nak nangis. Sebab podeh kohkeh. Untuk set nasi gegey berharga RM5.50 manakala set nasi kerabu gegey RM6.50. Murah dan sedap. So highly recommended.

Dah la tu, pegi kesat ailio korang. Kalau tak tahan tengok gambar, sila ke gegey restaurant sekarang juga. Kalau dari Pjaya memang dekat sangat, tak jumpa kalu memang tak tahulah nak kata apa. Eceh, poyo angat penulis kan padahal dia pun kalau sesat benti tepi jalan dan nangis sensorang akakaka.


Ok bye. Take care people.

0 busy bees:

Post a Comment