Blogger templates

Fàilte gu Alba.

Assalamualaikum.


The girls.

Alhamdulillah. Kakak dah selamat sampai di Glasgow, Scotland Rabu lepas after about 20 hours journey. Phew. Dalam 20 jam ittew, yours truly ni asyiklah check flight radar dan keep the families informed. Psycho sangat.

Mereka-mereka ini adalah pelajar tajaan JPA dalam course Farmasi. Bakal menghabiskan final year mereka di University of Strathclyde, Glasgow UK.

Malam itu agak emosi juga masing-masing. Saya seperti biasa emosi dalam hati. Berperang melawan perasaan yang asyik nak nangis sebab tak pernah dalam sejarah berjauhan sejauh ini. 


Siblings.

Sehingga ke hari ini pun selalu rasa rindunya dekat kakak, especially Kaisya dan Deejah. Almost everyday juga skype dengan Cik Dib. Sebbaik Cik Dib tak boring nak melayan hahaha.

Seronok dengar Cik Dib cerita tentang life yang baru di negara orang. 

Moga Allah pelihara kesihatan Cik Dib. Permudahkan segala urusan Cik Dib yang jauh dari kami semua. Diberikan kejayaan untuk kerja keras dan usaha Cik Dib selama beberapa tahun ini.

Sedih pulak haha.

Dah seminggu lebih kat sana, masih cuba menyesuaikan diri dengan suasana yang baru, cuaca baru dan juga masa berpuasa yang agak panjang. Doa banyak-banyak moga Allah permudahkan segalanya.

Nah belanja sekeping gambar depa.

   
Thanks for reading. Take care.



0 busy bees:

Post a Comment