Blogger templates

NOXXA : Resipi Nasi Daging

Assalamualaikum.

Yeyeay. Day 8 of Ramadhan. Sekejap rasanya dah masuk minggu kedua. Tak lama lagi confirm akan kedengaran lagu-lagu raya bila masuk ke shopping mall.

Sedihnya, belum lagi berkesempatan berpuasa dan berbuka dengan family di kampung. Walaupun Johor tu nampak macam dekat je, tapi nak cari masa balik ke sana hmm kadang pun boleh bercekau hihiks. Maklumlah saya kerja office hour, suami pula ada masa office hour, ada masa tidak. Walaupun sedih, kena buat-buat tak sedih. Takut karang dia yang sedih satu hal pulak kita kena beli flight tiket balik Semporna eheh.

Ok macam dah lari tajuk je ni.

Today nak share resipi hasil memasak dengan periuk Noxxa. Actually periuk ni glamour dah bertahun-tahun, tapi saya baru kenal setahun dua ni. Maklumlah rajin sangat masak kan. 


Nak mengaku ni, seriously benda ni memudahkan kerja saya. Sebelum ni asal Ramadhan je memang stress sebab nak fikir kena bangun awal prepare food. Food pula bukan sejenis je kena masak. Kalau sahur tu kena prepare untuk menu bersahur, menu breakfast kids, menu lunch depa sekali. Lepas itu petang balik kerja, kena masak untuk berbuka pula. Heheh, mengah baca list panjang berjela kan.

Bukan mengeluh, cuma kalau masa memasak tu boleh dipendekkan, lagi bagus. Boleh solat awal, lepas itu sempat juga nak mengaji sehelai dua mukasurat kan?.

Eh mana resipinya ni?. Hahaha.

Tiada dalam resipi : Daging lembu yang telah direbus menggunakan Noxxa. Masukkan daging dan air separas daging, halia dan sup bunjut. Tutup periuk. Putar tombol di atas penutup ke arah butang "Pressure". Tekan button High Pressure sebanyak 25 kali (25 minit) dan ON.

Selepas tamat masa, beep akan berbunyi. Release steam dengan memutar tombol di atas penutup ke arah "Steam". Keluarkan daging dan hiris nipis. 


Mulakan dengan menekan button stir-fry. Kemudian tekan ON. Masukkan minyak sapi.

Masukkan bahan rempah [kayu manis, bunga lawang dan pelaga], bawang hiris, pes bawang dan daun pandan. Masukkan tomato soup, tomato puree, susu cair, serbuk badam [optional], garam dan air rebusan daging.

Saya gunakan 1 cawan air untuk 1 cawan beras.

Bila dah mendidih, masukkan beras dan daging yang dihiris. Kacau perlahan. Nak kacau kuat-kuat pun boleh karang terpercik kena muka, tanggunglah sendiri ye ekekeke.

Off stir fry. Tutup periuk. Putar tombol di atas penutup ke arah butang "Pressure". Tekan button High Pressure sebanyak 10 kali (10 minit) dan ON.

Selepas tamat masa, beep akan berbunyi. Release steam dengan memutar tombol di atas penutup ke arah "Steam".

Biarkan dalam keadaan "Warm/Preheat".


Uiks. Lapar pulak nampak gambar nasik.

Kemudian sediakan dalca sayur. Masukkan air separas kacang dhal. Tutup periuk. Putar tombol di atas penutup ke arah butang "Pressure". Tekan button High Pressure sebanyak 5 kali (5 minit) dan ON. 

Selepas tamat masa, beep akan berbunyi. Release steam dengan memutar tombol di atas penutup ke arah "Steam".

Di atas dapur [dalam periuk lah ya bukan terus atas api dapur tu], tumis bawang putih dan merah, masukkan 1 sudu besar rempah kari, carrot, kentang dan juga terung. Masukkan kacang dhal tadi, garam  dan sedikit santan. Gaul rata dan masak hingga mendidih.

Untuk air asam pula, potong nipis bawang merah dan cili padi, tomato potong dadu. Gaulkan dengan air asam jawa, sedikit gula dan kerisik. Saya gunakan 3 sudu besar kerisik untuk dapatkan air asam yang sedap dan lemak.

Okay siap. Hidangkan dengan teh tarik memang syiok. Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa untuk semua.

Take care.

4 busy bees:

rohaida omar said... Reply To This Comment

hi.. nak tanya macam byk je benda nak masak guna pc tu.. kena kluakan yg dah masak lps tu basuh periuk dan masak yg lain pulak ke?

Ann Ilias said... Reply To This Comment

Rohaida :
Saya hp daging dulu, lepastu keluarkan airnya letak dlm bekas lain.
Then baru start stir fry untuk nasi.
Harap membantu.
:)

**rebus daging dengan halia dan sup bunjut adabi

izzatul azma mohd asri said... Reply To This Comment

OKAYYY nak update resepi first guna Noxxa gak la.. nasi daging gak hehehee

Ann Ilias said... Reply To This Comment

Izza : Update pelishhhhhhhhhhhh..

Post a Comment