Blogger templates

Review : Homestay Bonda, Melaka.

Assalamualaikum.

Hampir terlupa nak update tentang homestay masa kami ke Melaka bulan lepas. Cerita pun dah basi ahah.

Plan ke Melaka sebenarnya kami buat a month before. Pada awalnya nak stay somewhere in beach area around Malacca straits tu. Starts calling untuk book chalet tapi sedihnya almost semua chalet sudah penuh. Sedih. Like seriously, sebulan sebelum kot takkan dah penuh. Gitulah kata hati.

Sampai semahal-mahal tempat like Desa Balqis, Limastiga tu saya call tapi hampa. 

Sudahnya beach holiday bertukar menjadi jalan jalan cari makan Melaka.


















Memandangkan keluarga kami besar (?) maka kami perlukan homestay yang ada 4 bilik. 3 rooms are not enough. Nanti akan ada yang kena tidur dekat hall hiks. So masa browsing terjumpa dengan Homestay Bonda. Baca details, then call cousin untuk tanya jarak from Malacca town. 15 mins katanya. Ok proceed.

Rental is RM300/night. Murah kalau compared dengan homestay atau apartment lain sebab kami pergi time public holiday. 

Puas hati sangat sebab homestay cantik. Dinding living hall owner gantung frame anak-anak beliau. Comel gils.

Bilik besar. All rooms ada aircond, including living hall. 

Hall pun luas. Puas anak-anak dan anak-anak sedara berlarian berkejoran sampai berpeluh-peluh. Tazkirah dan meeting keluarga pagi tu pun buat dekat hall je.


Bilik sebenarnya ada 4. Tapi lupa nak ambil gambar bilik di tingkat bawah. Ada katil dan wardrobe. Bilik cantik, dan besar. Eh semua bilik pun cantik dan besar. Overall homestay ni memang besar. Kalau tengok dari luar, agak terkesima jugalah memang macam castle siap ada tiang seri besar tu. 

Tak boleh bayang?. Haha sorry lah saya lupa nak snap gambar dari luar.

Berminat?. Boleh hubungi terus owner homestay +6019-6555638.


2 busy bees:

Wan Zul said... Reply To This Comment

Pergghh homestay mcm hotel tuu..

Anonymous said... Reply To This Comment

Tapi dapur dia kotor n bnyk lipas.
Bilik air bnyk nyamuk.
Bilik air kond hanya dua shj bukan 3 mcm yg di iklankan

Post a Comment