Blogger templates

Review : RSMY Best Cheese Nan

Assalamualaikum.

Amboi. Review saja minggu ni ye haha. Ni review bukan sebab dapat bayaran, tapi review ikhlas dari hati. Ok tepuk tangan sikit plis.

Tak tahu siapa yang mulakan. Yang pasti ini semua angkara mak-mak dalam whatsapp group tu lah. Saja je bikin panas kan. Sudahlah kita duduk diluar kawasan depa, nak ngajak suami ke sana bukan mudah. Banyak cabaran dan dugaan. Belum campur lagi dengan aral melintang di tengah jalan. Nangis dalam hati je tao.

Jadi untuk memuaskan nafsu makan, maka ligat berfikir apa patut buat. That is why muncul weekend getaway tersebut. Disamping nak bawa anak-anak berjalan, shopping dekat Sogo Membercard Day, dapat singgah makan cheese nan ini. Gituw.

Alhamdulillah semuanya menjadi as planned.




Itu dia. 

Tima kasih suami dan tangan kakak sebab sudi berlakon demi entry di dalam blog mommy hihiks. 

Memang tak menyesal datang sini. Kami order dua jenis nan cheese extra. Lepas itu blur nak makan dengan apa, sebab kebiasaannya bila order nan akan datang sekali bersama kuah pudina. Tapi sini tak ada. Tanya adik yang ambil order tu dia kabo kena makan dengan keema. Ok bak sini keema daging semangkuk.



Ini gambar semangkok keema daging from google. Our own keema tak sempat ambil gambar. Khadeejah & Kaiyisah pun sama naik mencicah-cicah kuah keema sampai licin.

Husband try juga Nasi Beriyani tapi tak berapa in dengan tekak. Ada yang lagi sedap dari ini yang pernah dia makan katanya. Cuma nan cheese ni, memang sesuai lah dengan tagline dia "best cheese nan in town". Nora kasi 6 bintang yeah.


Oh nak mentioned. Size nan dia kecil sikit. Kecil untuk perut kecil saya ni. So kalau rasa perut chu olls lagi besar dari saya, kena order dua lah untuk seorang makan eheh. 

Nah address RSMY House Of Real Beriani.

No. 16 Lorong Bonus 6, 
Off Jalan Masjid India
Kuala Lumpur

11 & 13, Jalan Medan Tuanku
Kuala Lumpur.

D-72A Plaza Usahawan
Jalan danau Niaga 1
Taman Danau Kota, Kuala Lumpur.

Ok boleh singgah kalau ada kelapangan. Haih lapar cheese nan pulak dah.

Tata & take care people.

1 busy bees:

mamaelly said... Reply To This Comment

noted..
boleh pegi kalau pegi jalan2 kl..
kalau la...
ahahahha

Post a Comment