Blogger templates

Review : Tune Hotel, Downtown KL.

Assalamualaikum.

Jom sambung entry weekend getaway lepas.



Kami stay dekat Tune Hotel Downtown, KL. Area Jalan Tun Abdul Rahman. Masa saya nak book tu kebetulan Tune tengah buat sale untuk bulan May. Memang murah bak hang. Saya dapat RM70 per room per night all inclusive. Means tak perlu add on sebab semua dah termasuk dalam harga offer tersebut.

Jimat banyak sebenarnya. Kalau tidak, nak tambah aircond 12 jam RM16; TV per day RM10.60; Toiletries kit RM6; Wifi 24hours RM12. Ok baca pun mengah so sila kira sendiri berapa banyak penjimatan itu kan hiks.


Tu dia duk kat tengah-tengah bandar kan memang sesak betul jalan especially waktu malam. Heaven betul stay sini, macam masa kami stay dekat Berjaya Times Square dulu. Kemana-mana pakai kaki ja. Rasa letih, duduk kejap minum-minum, tak pun tengok lampu, tengok gelagat orang yang lalu lalang. Eceh feeling tourist angat lah kitew.

Bilik not bad. Knowing Tune Hotel yang memang sempit sedikit maka kita book dua bilik. Sempit pun takpe sebab anak-anak bukan jenis nak berlari sana sini, paling tidak pun depa melompat atas katil je haha.

Ngantuk tapi tanak tido heh.

Satu perkara yang masih best di Tune ni sebab tilam dia lah. Comfy gila. Dulu masa kat Penang pun sama, tapi sana lagi best pasal air dia pump laju nak mandi pun seronok haha. Ni selow sikit maybe sebab duduk level tinggi kot eh. 

Bilik pun soundproof. Kenderaan dok honk-honk kat luar, dengan monorel lalu lalang sebelah tu je memang tak kedengaran langsung. Nora bagi 5 bintang. Eh tetibe.

Lagi best sebab ada kedai kopi kat bawah. Rasa tak boleh tido boleh turun lepak minum kopi.


Ok Tune is highly recommended bagi yang tak kisah pasal bintang macam saya. Janji boleh tido udah lew. Kalau sesekali nak duduk hotel banyak bintang tak apa. Selalu kalu memang rabak poketlah eheh. 

Book kena pergi dekat website Tune ya. One room per booking.

Thats all for today. 

Thank you. Take care people.


0 busy bees:

Post a Comment