Blogger templates

Weekend Getaway & Sogo Membercard Day.

Assalamualaikum.

A long hiatus i guess hiks.

Seperti biasalah banyak benda nak cerita tapi malas menguasai diri. Lagipun lately tak berapa sihat, ini pun masih bersisa sakitnya. Makan ubat, tidur awal (kalau boleh, tapi selalunya tak boleh hihih) dan makan on time. Itu saja lah ubatnya. 

Weekend lepas, selepas beberapa minggu Khadeejah berzikir nak hotel maka kami anak beranak datang KL dan stay kat sana. Weekend getaway katanya. Bil ikut sekali of course. Booking hotel secara tiba-tiba ni selalunya mahal kemahen kan. Rezeki kami pulak tu bila saya dapat email tentang deal hotel untuk bulan May yang akan berakhir tak lama lagi. 

Terus terjah website. Book 2 rooms.


Hotel kita cerita later.

Actually ini getaway sambil nak ke Sogo Membercard Day. Sambil menyelam minum air. Gitu. Kami check in around 7.30pm hari Jumaat, dari Putrajaya pun lepas saya habis kerja. Sale on Sabtu, memang cantik sangat lah tu kan.

Berpagian saya siap that day. Keluar senyap-senyap tak nak bagi anak-anak terjaga. Sampai depan Sogo dalam jam 8.15am. Tapi tu dia, queue dah macam ular kena palu. Kena tanya mana hujung barisan kalau taknak kena sound. 


Ramai betul parents yang bawa anak-anak kecil. Gigih sungguh. Tak terkecuali makcik-pakcik yang agak berusia pun ada. Iyalah, semua pun nak ambil peluang beli barang dengan harga murah. Termasuk saya eheh. Tepat jam 9 pintu dibuka. Dapat free breakfast coupon from Japanaese Restaurant tapi saya tak redeem pun. Kenyang tengok tag sale merata-rata agaknya.

Terus panjat escalator sampai ke kids department. Punggah sana, korek sini. Ramainya umat manusia, pening. Murah jugalah especially kids T, seluar-seluar jeans, blouse tapi kebanyakannya yang lengan pendek. Pilih-pilih masuk shopping bag. Udahnya bukan saya beli pun heh.

Dress yang bergantung juga yang saya pilih. Sebab itu saja yang rasanya sesuai untuk anak-anak. So dapatlah 3 helai dress labuh untuk kakak, 5 helai dress pendek untuk adik. Harga biasa je takdelah murah sangat pun. 


Lebih kurang 45 minit je saya dalam Sogo. Lepas bayar terus balik. Kiriman kawan-kawan pun tak cari, pening dah. Jalan laju-laju pasal lapar haha. Sampai hotel, singgah Francisco Coffee bawah hotel tapau Chocolate Milk. Peh berdegup-degup saya minum macam dah setahun kehausan. Sampai bilik anak-anak baru sudah mandi yeay. Tunggu depa siap then kami keluar lagi untuk ke Quill City Mall.

Dekat sangat. Jalan kaki tak sampai 5 minit. Seronok betul jenjalan mcm ni tau. Tak payah dok pk jalan yang congested, lepastu driver tarik muka pasal letih bawa kereta. Eh.


Tu dia kakak dengan bil. Dia ni protective sikit, kalau berjalan tempat banyak kereta macam ni memang dipegang je tangan sepanjang masa. Sama macam adik, tapi adik selalunya bil dukunglah. 

Erm feedback on Quill City Mall, biasa-biasa jek. Banyak kedai belum buka. Banyak tempat makan tapi kami salah pilih kot pergi Tappers lepas itu complaint makan tak sedap. Nasiblah. Jalan balik perut kenyang, sampai hotel dah lapar balik kahkah. Saya dan Khadeejah naik bilik dan kemas-kemas untuk checkout. Kakak, bil dan husband jalan kaki pergi kedai toys dekat Chowkit.

Half and hour later depa balik dengan muka kakak senyiom sampai telinga.


Hmm. Masih belum boleh move on depa berdua ni tau.

Oklah sambung later. Nak balik rumah dah. Tata take care.

0 busy bees:

Post a Comment