Blogger templates

Melaka Lagi?.

Assalamualaikum.


Melaka lagi, yeay. Alhamdulillah diberi kesempatan jenguk Melaka lagi dua bulan selepas family day kami awal bulan Mei lalu. Kenapa Melaka?. Sebab itu saja negeri yang best dan happening otw balik dari Johor. Nak singgah Negeri Sembilan macam tak ada apa yang menarik sangat kecuali PD. Tapi PD way too far masuk ke dalam sana.

Last day di umah mak Johor, kami jalan-jalan raya pergi rumah keluarga adik ipar. Plan asal nak ke Lenga rumah adik saya tapi masih belum ada rezeki. Plan bertukar ke Muar. Lepas itu mak abah dan adik balik rumah dan kami teruskan perjalanan ke Putrajaya. Singgah mencemar kaki ke Melaka.

Melaka seperti biasa memang tak pernah sunyi dari tourist. Tapi kali ini agak kurang berbanding hari-hari yang pernah kami datang sebelum ini. Mungkin sebab hujung minggu dah berakhir. Semua pakat balik untuk mula bekerja keesokan harinya.


Kami menginap di Deluxe Suite untuk satu malam.

Room rate RM330 per nite. Gov rate dapatlah diskaun sikit eheh. Jadiklah tu.

Tak ada plan apa bila sampai ke Melaka untuk yang dah keberapa kalinya ini. Saja singgah sebab tak nak tempuh jem balik ke Putrajaya. Gituw.


Aktiviti utama adalah mandi pool.

Quite some time saya tak bawa anak-anak mandi pool, mandi sungai, air terjun dan apa-apa jua yang airnya tak mengalir dengan betul. Reason utama sebab takut datang penyakit bukan-bukan. Selain itu, pool tu sebab saya adalah seorang aquaphobia. 

Boleh google kalau tak tahu maksudnya hiks.


Bagi jugalah depa berdua ni mandi. Kesian. Tapi itulah, dengan mak dia sekali masuk pool walaupun dengan blouse dan skirt. Haha. Psycho. Tak boleh cover tahap kekalutan mak dia ni terhadap air. 

Makan malam senang dapat di area hotel. Sebelah Hatten ada bridge connected dengan shopping mall. Depan hotel pula ada deretan kedai makan. Semua within walking distance. 

Makanan semua sedap, termasuklah in house menu. Affordable.


Room rate termasuk breakfast for two. Kakak dah kena charge RM24. Nasib baik dia memang makan banyak haha.

Breakfast banyak choice. From local to western menu. 

Seperti biasa, perut kecil macam saya memang tak sesuai bawa pergi makan buffet. Cepat kenyang. Padahal tak makan anything yang berat pun. Tengok makanan dah kekenyangan. Pfft.


Breakfast saya that morning yang mengenyangkan lantas ambil bau saja terhadap makanan-makanan lain. 

Rugi sangat bawak dia ni pergi makan buffet, heh.

Lepas breakfast, pergi swimming lagi. 

Kali ini kids pool tutup for maintenance. Sehari suntuk katanya. Lantas apak terpaksa bawa anak-anak pergi adult pool. Ada bahagian yang cetek sedikit dengan kerusi siap untuk berjemur.



Budak excited jarang-jarang mandi pool.

Bagi masa sejam setengah, lepas itu semua kena hambat balik. Jauh lagi perjalanan kita ni anak-anak.

Check out time dekat sini pukul 1 tengahari katanya. Tapi kami awal sedikit sebab kakak request nak naik beca. Seperti biasalah kalau datang Melaka. Tak naik beca tak sah katanya.

Beca pilihan haruslah warna pink. Tema Hello Kitty.



Maka bersempit-sempitlah kami dalam satu beca pusing Melaka.

Panas merelit. Mandi peluh semuanya. 

Pakcik beca offer pusing-pusing 1 jam dengan beberapa pit stop untuk bergambar. Tapi bila tengok pakcik tu, saya rasa tak sampai hati. Dia kurus, nak bawak kami yang berat-berat ni hmm. Takpelah cukup sekadar pusing dari Jonker Walk ke Hatten hotel.

Rate RM25. Berbaloi nak bandingkan dengan keringat pakcik beca tadi.

Lepas itu pulang semula ke hotel dan terus ke Putrajaya.

Anak-anak masuk kereta terus tidur. Suami berperang dengan mata sendiri. Isterinya pula cuba untuk tahan tidur sambil menepuk-nepuk suami yang mengantuk. Drama berterusan selama hampir 2 jam.

Alhamdulillah sampai dengan selamat. Aktiviti mendobi dan mengemas bermula selepas itu. Actually sampai hari ini pun tak habis kemas lagi. Hergh. Simptom post-vacay memang beginilah. 

Thanks hubs belanja kami jalan-jalan Melaka.

Semoga makin murah rezeki. Mana tahu, tahun depan ada rezeki lebih, bolehlah belanja kami jalan-jalan visit Cik Dib. Eh?. HAHAHA.

0 busy bees:

Post a Comment