Blogger templates

Myresit GST

Assalamualaikum.

Phew. Selepas dua jam setengah baru selesai key-in semua resit masuk ke dalam apps Myresit Gst. Alhamdulillah. Walaupun lenguh rasa jari-jemariku macam nak tercabut, tetap juga kugagahi. Mana tahu ada rezeki menang motor, boleh hadiahkan dekat suami. Eceh.

Actually saya dapat tahu tentang cabutan bertuah ni bulan lepas. Officemate kabo sebab dia menang banyak hadiah termasuk cash. Peh peh peh rezeki kamu lah tu kan. Syukur. 

Memandangkan masa itu tengah super duper busy mengejar close untuk banci getah yang merupakan monthly routine yang berkebetulan jatuh pada musim nak raya, maka lepas install apps dalam handphone terus terbiar sendu. Yang ada dalam kepala bila beli barang dapat resit masuk dalam plastik bag kecil Ikea.


So untuk yang baru tahu, meh saya nak cerita sikit. Program Myresit GST ni adalah kelolaan Kastam Diraja Malaysia. Semua boleh masuk kecuali kakitangan KDRM. Tempoh bermula April sehingga November, tapi setahu saya cabutan diadakan setiap dua bulan sekali. 

Apps boleh install from playstore. Lepas itu ambil gambar resit dan isi maklumat yang dikehendaki. Simpan resit baik-baik di tempat selamat, sebab nanti kalau ada rezeki menang, semua resit-resit yang kita upload dalam apps tersebut akan diminta oleh pihak penganjur. 




Maaf kalau saya lambat inform. Tapi better late than never kan. Insya Allah kalau dah rezeki, pusing kot mana pun tetap akan jadi rezeki kita juga. 

Ok kalau nak masuk tapi masih keliru, boleh refer website Myresit GST ini. Doa banyak-banyak semoga kita sama-sama murah rezeki.

Take care people.

0 busy bees:

Post a Comment