Blogger templates

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum.

Syawal 21. Selamat hari raya. Maaf zahir batin.

Alhamdulillah, Allah beri kesempatan berhari raya tahun ini dengan families, suami dan anak-anak. Dapat makan lemang, ketupat, rendang, lodeh, kuah kacang, kuih raya dan macam-macam makanan lagi. Dapat dengar takbir raya, dengar khutbah raya (dari tivi jew hiks), dapat pakai baju raya. 

Ya Allah seriously rasa macam baru tahun pertama nak sambut raya je kan.

Tahun lepas adalah tahun yang sedih untuk dikenang. Tapi tak apa, hikmahnya Allah gantikan tahun ini dengan yang lebih baik. 



Perfecto.

Kedua-duanya dah pandai nak bercantik-cantik. Baju kurung beli last minute nasib baik ada size thanks to Gene Martino. 

Actually this year kami plan untuk balik beraya di Semporna. Nekad walaupun ramai juga yang berbunyi dikalangan friends and family, risau kalau apa-apa jadi lagi. 

Muchos gracias sebab ambil berat. Tapi kita merancang, Allah tentukan. Dekat mana-mana pun kalau nak sakit, tetap akan sakit. Kita doa, tawakkal. Selebihnya serah pada Allah. Dia Maha Mengetahui. 



Semua mata bengkak tak cukup tidur. Malam itu Deejah cranky sebab flu. Maka semua orang berjaga sebab dia eheh.

Memandangkan tahun ini, adik perempuan ke empat berhari raya di Glasgow, maka husband dengan rela hati postpone flight ticket ke bulan September nanti. Taknak mak abah rasa sedih, katanya (thank you, aileviu). So #teamrayajohor lah kami tahun ini.

Seperti biasa kalau balik Johor, beraya dari pagi sampai ke malam.

Habis semua rumah saudara mara kami jenguk. Memang ini yang paling seronok kalau raya Johor. Walau dah sempit perut makan macam-macam, dapat kumpul dengan makcik-pakcik yang lama tak jumpa, tengok anak-anak saudara, cousin yang dulu berhingus tiba-tiba eh dah jadi anak dara, feeling dia lain maciam kau tahu.



Mak abah, anak pertama, ketiga dan kelima. Anak kedua beraya rumah in law. Anak ke empat beraya jauh nun di perantauan.

Ini gambar pagi hari raya kedua. Nak balik ke Batu Pahat.

Me donning batik cotton from #batik_asli_kelantan

Suami-suami semua duduk di barisan hadapan sambil pegang camera. Eheh.



Mak dan anak. Tengok gambar ni rasa sayu. Nampak dah wajah berusia mak.

Moga Allah ampunkan dosa-dosa mak abah. Permudahkan urusan mak abah di dunia dan akhirat kelak, insya Allah.

Ok you all itu saja cerita raya kami. Tak banyak gambar biasalah saya kan acah-acah blogger tapi pemalas nak ambil gambar haih aptb.

Sebelum terlupa, nah belanja sekeping gambar orang beraya di Glasgow. Kesian kena attend morning class, nasib baik sekejap aje then lunch hour pergi makan-makan raya eheh.



Thank you singgah sini. Take care.

0 busy bees:

Post a Comment