Blogger templates

QQ Baby Shop, Equine Park

Assalamualaikum.

Ini cerita last week. Misi mencari stroller baru untuk Khadeejah. Combi Quickids lama tu tak boleh recline, agak tak selesa kalau Deejah tidur di dalamnya. Eyeing on Baby Throne, stroller kecil yang boleh bawa masuk cabin flight, sama dengan Aldo Compatto; or Babyzen Yoyo cuma its cheaper.


Usha instagram. The cheapest they can give me RM380 includes postage. Tapi being me, kalau nak beli kena pegang-pegang dulu heh. Ada kawan suggest pergi dekat kedai QQ Baby Shop. Maka weekend lepas heret sama husband dan anak-anak.

First time pergi, tak susah nak cari kedainya. 

Yang susah adalah nak menempuh jem di simpang tiga berdekatan lampu isyarat. Kena bersabar banyak-banyak.


Masuk pintu terus terbuntang biji mata. Banyaknya baju, kata saya dalam hati sambil mata melilau kiri kanan. Husband terus ajak naik atas cari stroller.

Pegang sikit material, cuba masukkan Deejah sekejap.

Kain dia kesat sikit, agak panas. Saya cari tulisan Baby Throne dekat stroller tapi tak jumpa. Lepas itu that day saya ada dapat gambar dari instagram, stroller tu siap leg rest. Bila sampai sana, tak ada pula. Yang ada cuma handle bar tu.

Ai taknak gitu sobs.

So conclusion tak jadi beli. Sebagai pengubat hati yang lara, husband belanja sleepsuit anak-anak 5 helai. Ok mood kembali normal.


Macam-macam jenis baju ada jual di sini. Harga pun murah. Biasa saya beli baju tidur anak-anak sehelai RM25 di Putrajaya. Dekat sini boleh dapat paling murah RM18/helai. 

Oh lupa nak kabo. Tengah sembang-sembang dengan salesgirl, sempat juga tanya dia asal mana. Maklumlah husband saya kan terlebih ramah. Rupanya depa dari negeri sama, kampung sama, sekolah sama, kawan-kawan sama, sekali tu sebut nama pakcik makcik eh sama juga. Sedara rupanya heh.

Sabo jelah.


Sorry for the quality. Handphone murah cenggitulah hahaha.

Ok thanks for reading. Take care people.


2 busy bees:

Anonymous said... Reply To This Comment

qq baby shop ni mmg jual majoriti barang tiruan. sbb tu murah.

Ann Ilias said... Reply To This Comment

Hai Anonymous. Oh yeke, kita baru first time pergi kedai ni. So far sleepsuit oklah same quality tp cheaper dari tempat kita selalu beli.

Btw thanks singgah sini :)

Post a Comment