Blogger templates

Sambutan Hari Raya BPPAS, DOSM

Assalamualaikum.

Salam Aidilfitri ke-28. Sekejap je dah habis raya sebulan. Tsk.

Minggu lepas ada sambutan raya division kami. Buat bersekali dengan dua division lain di aras yang sama. Senang sikit. Jimat masa, tenaga dan wang ringgit. Gitu kekdahnya. 


Merelip-relip pelamin divison kami. Tingkap rumah kayu pinjam dari div lain untuk feeling beraya dikampung. Eh ada props juga untuk mereka-mereka yang kaki bergambar.

Memang kenyang posing jelah kehkeh.

Agak busy juga semua pegawai dan staf pagi itu nak buat persiapan. Nak susun kuih muih, dessert dan main menu. Ada few menu prepared by staf dalam division kami sendiri, the rest order sahaja. Maklumlah takkan semua nak berpeluh-peluh masak sendiri kan nanti comotlah baju raya dengan make-up kitew kohkoh.


Busy betoi.

Majlis ini kami jemput sekali tetamu VIP dari kalangan pengarah-pengarah dan warga pengurusan jabatan. Memang itulah permintaan Puan Pengarah kami. Almost every event yang kami organized memang akan jemput tetamu-tetamu ini sekali. Memang nampak agak formal, tetapi sebenarnya ini adalah salah satu cara untuk mendekatkan pegawai atasan dengan pegawai-pegawai bawahan. 

Oh btw, Puan Pengarah bagi tema siap untuk majlis raya tahun ini.

Kebersamaan Dalam Kepelbagaian. Gitu.



Clockwise. 

Datuk Dr. KP, Pengarah-pengarah (Tuan Rumah, Division Level 5), Dr. TKP dan pengarah-pengarah bahagian.

Macam-macam makanan ada, as for divison kami selain kuih dan kek raya, ada bubur jagung, koktel, puding laici. Kendian ada nasi impit lemang rendang ayam rendang daging kuah lodeh sambal tumis bihun sup tulang dan lain lain. Baca senafas je lah letih nak type koma banyak-banyak kahkah.



Oklah minta maaf this time gambar semua full image heh. Tak puas tengok gambar kekecik. Haha.

Alhamdulillah semua went well. Puan Pengarah happy maka kami-kami betambah-tambah happy-nya eheh. Foods sedap dan cukup malah ada few yang terlebih dan boleh ditapau bawa balik. 

Thumbs up kepada urusetia majlis. Daebak.

Nah belanja sikit gambar yours truly bersama team favourite beliau kehkoh.

















Ok thanks for visiting. Take care people.

1 busy bees:

@ju said... Reply To This Comment

bestnya Ann....nak nanes kiteww tengok....
bahagian akak sendu sangat....maka bertambah2 pilu hati ni...
Patutnya tak payah jer akak terima tawaran naik pangkat tu dulu...
sengsara hidupku Ann.....huwaaaaaa

Post a Comment