Blogger templates

To The Babysitter.

Assalamualaikum.

Salam Jumaat. Yeay esok weekend, boleh gomol anak-anak, breakfast luar dan jalan-jalan pergi Kaison. Eh.

Beginilah rutin baru kami.

Dulu asal balik rumah, even during lunch hour boleh peluk cium anak-anak sekejap. Solat sekali dengan kakak (kalau I tak rushing), bagi Deejah milk, atau suap dia makan. Now dah lain. Yelah life change kan, so sekarang kena adapt with new routine. 


Anak-anak dah mula stay dengan babysitter. Dah dua minggu. Macam biasa, at first memang agak haru dengan esakan dan linangan airmata (belum campur adegan menjerit-jerit minta mommy sobs) Khadeejah. Kakak dah besar so nothing to worry much. Saya agak lega sedikit letak kakak bersekali dengan adik after school. At least dia boleh tengok-tengokkan Deejah.

Tiga hari yang menyeksakan perasaanku lepas itu semua gone. Haha. Khadeejah buat magik saja nak auta mommy ke apa.

4th day semua ok dah. Saya pass Deejah to babysitter (dia dukung) letak bag terus lambai. Takde dah adegan melalak. Phew. Lega banyak.


Suasana di dalam kereta waktu pagi.

Sekarang memang jarang sangat dapat masak for lunch. Dapat siapkan breakfast pun dah cukup baik. I woke up at 5.30am tau itupun tak dan wuwuwu rasa nak minta extra tangan dan kaki buat semua kerja dalam satu masa.

Lepas pickup petang, sampai rumah dalam pukul 5.30-5.45. Ada masa saya masak dinner, ada masanya tak. Tak lalu saya nak hadap kuali periuk everyday. Sedih kan. 

Tapi apa boleh buat. Keinginan nak buat macam-macam tapi kudrat tak mencukupi.

So i just go with the flow. Kalau larat kita masak, if not we dine outside. 

Cuma saya akan pastikan sehari saya akan masak sekali at least. Either one. Mana yang sempat. Haha.

Bukan contoh ibu mithali ye kofs.


Beginilah kalau makan luar. Lepas nasi goreng, roti bakar pula. Memang kuat makan dua-dua budak ni.

Kembali kepada cerita babysitter, Alhamdulillah kami dapat bs yang baik so far. Ada lebih kurang 9 orang yang dia jaga termasuk 2 orang anak bs sendiri. Dia pun ada dua orang anak saudara yang memang stay sekali dan sama jaga anak-anak kami. So taklah ketara sangat ramainya sebab overall sorang jaga 2-3 orang budak yang mostly sebaya Deejah juga.

Deejah pun setiap kali balik memang nampak happy. Selalu cerita dia ramai kawan. I guess its about time lah. Memang dah masanya kan. Boleh dah fikir untuk hantar tadika lepas ni kot, eheh.

Cuma satu je lah perkara saya risaukan bila dia duduk dengan orang ramai macam tu. Risau dia sakit. Tapi nak buat macam mana kalau memang dah rezeki nak sakit kan. Saya usahakan Deejah dan kakak untuk ambil supplement apa yang boleh, selebihnya mohon agar Allah jagakan mereka untuk saya, berikan mereka berdua kesihatan yang baik.

Doa yang penting. Lepas itu tawakkal.

Oklah panjang dah membebel pagi Jumaat ni. Till then, take care people.

0 busy bees:

Post a Comment