Blogger templates

Homemade Essential Oil Blends

Assalamualaikum.

Pada suatu hari di dalam group w.app mak-mak ada yang up cerita tentang homemade balm untuk flu. Seperti biasalah belum pernah lagi group itu tak berjaya menghasut emak-emak lain kehkeh maka lepas dapat briefing sikit ada few dah terus bertindak membeli. Walk the talk katanya eheh.

Saya as usual, berminat tapi action lambat sikit maka sokmo tertinggal.

Sampailah Izza (one of the mama dalam group) yang beli dan terus jadi agent; iklankan dalam group. Tanya sikit-sikit info dan saya terus order. Dua hari lepas itu sampailah Mama Homemade Balm untuk anak-anak. 

Yeay mommy is happy.

Actually banyak sangat pilihan balm yang ada. Saya cuma beli beberapa sahaja seperti Garlic Balm (sebab anak-anak cukup benci bila saya tepek garlic oil bila selesema), Vapor Balm dan yang paling best adalah Easy Sleep Balm. 


Banyak fungsi balm ni depends pada jenisnya. Contohnya Garlic Balm, banyak benefits actually. Cuma seperti garlic oil yang biasa saya buat, selalunya saya gunakan untuk rawat selesema dan batuk yang ringan. Vapor balm pula saya beli untuk kakak juga untuk melegakan batuk dan selesema. Bau segar. Sedap. Manakala Easy sleep balm pula memberi ketenangan untuk tidur yang lena; bau sedap dan manis; yang penting tak ada bahan kimia. Sebab utama saya beli adalah katanya ia membantu anak-anak tidur dengan mudah. Markah penuh disitu eheh. 

Semuanya chemical-free. Bonus besar.

So dah try almost a week, Alhamdulillah Deejah yang masih lagi running nose mula nampak berkurangan. Ajaib sungguh sebab dia suka sangat dengan Garlic Balm tu. Sekejap-sekejap cuit mommy dan tanya, "boleh adik pakai tak". Eheh so sweet sekarang ni tao.


Ha, sampai begitu sekali. Penyek hidom asyik kene sapu dengan balm.

Oklah chu oll yang berminat boleh pm facebook Izzatul Azma. Tak berani pulak saya nak letak nombor telefon beliau kat sini. 

Jangan risau, harga balm sangat reasonable, tak padan dengan homemade-nya. Lepas itu sangat berkesan untuk Khadeejah. Running nose dia sebelum ini (waktu entry ini mula dibuat, save dalam draft kemudian terus lupa nak publish heh) pun dah sembuh. Alhamdulillah.

Dah p pm cecepat. Lambat order nanti habis. Jangan nangis dibucu katil pulak ya.

Okbye take care people.

0 busy bees:

Post a Comment