Blogger templates

Yang Bertuah.

Assalamualaikum.

Cerita basi, seperti biasalah. Masih beruntung juga nak masukkan cerita ini dalam blog daripada duduk terperap dalam draft; menanti nasib yang kurang pasti.

Heh.

Alhamdulillah berkat daripada kekuatan jari jemari kurus ini mengetik keypad handphone; membuahkan hasil walaupun tidak seberapa. Tak apa, usaha tangga kejayaan. Hari ni menang sepuluh ringgit, mana tahu bulan depan seribu ringgit, kan?. 

Bak kata pepatah tuah ayam nampak dikaki. Tuah saya nampak dimana?.

Oklah cut the story short.

Saya menjadi salah seorang yang bertuah dalam program #myresitgst bulan Jun dan Julai yang lepas. Kebetulan bulan-bulan itu kan resit kembung dalam handbag. Maklumlah sakan shopping raya. Sampaikan kemana-mana saja husband saya pergi even luar dari Putrajaya, dan jika ada membeli hatta roti sebungkus dan ada GST, pasti takkan dilupakan isteri yang seorang ini.

Thank you husband.


Resit-resit bulan Jun dan Julai kepunyaan saya.

Tak banyak mana pun. Tak boleh challenge kaki contest tegar yang hantar beribu penyertaan. Tapi kalau dah rezeki tak kemana ye kan.



Excited. Mak memang piyok nasi.

Haha.

So bila dah keluar senarai pemenang, maka boleh la pergi tuntut hadiah few days selepas itu. Semak nombor invois resit yang bertuah tu, kena cari semula di dalam timbunan senarai resit yang ada dalam simpanan. Heh. 

Pemenang kena datang sendiri menuntut. Tidak boleh diwakilkan. 


Pemenang akan dapat voucher begini. 

Boleh redeem di mana-mana outlet Senheng atau SenQ.

So lepas dapat voucher kami pergi redeem dekat SenQ outlet di Alamanda Mall. Kemudian salesgirl yang bertugas explain yang kami juga boleh ambil apa-apa barang selain periuk nasi asalkan ianya sama nilai atau lebih (kena tambah duit). 

Maka kami terus membelek-belek barang yang ada disitu sambil tekan-tekan kalkulator dalam handphone. Eh eh macam banyak sangat nilai yang menang tu kan hurm.


So selepas pusing kanan dan kiri, depan dan belakang maka kami ambil Thermopot 5 liter dan Tefal frying pan. Kedua-dua ini saya ambil with extra lebih kurang RM50 dengan extended warranty untuk thermopot itu.

Ok lega dah. 

Kalau tidak asyik fikir apa nak beli dengan voucher seciput itu. Exaggerate.

Jom sambung untuk resit-resit bulan Ogos dan September pula. 

Semoga bertuah lagi kita semua, insya Allah.

Thank you all, take care.


0 busy bees:

Post a Comment