Blogger templates

Balik Sabah : The Arrival.

Assalamualaikum.

Wah, sibuk betul sekarang ni. Maklumlah dah menjengah bulan baru, kalau boleh nak letak gam gajah dekat kerusi bagi lekat duduk tak bangun-bangun heh.

Nak cerita balik Sabah last 2 weeks.

Cerita basi, I know.

Sepatutnya kami balik berhari raya puasa dekat Semporna. Husband decide last minute postpone our tickets ke Aidil Adha. Katanya tak ada siapa dekat rumah Johor pagi Aidil Fitri, selain adik bongsu. Takut mak abah teringat-ingat adik yang jauh dimata tu.

Sobs. Sedih dengar.

So lebih kurang two weeks juga duk berzikir dekat telinga anak-anak yang kami akan fly back to Semporna. Risau. Risau naik kapalterbang *annoying* satu hal, takut juga apa-apa hal kecemasan jadi sepanjang kami di sana. Doa dan tawakal, itu je mampu. Nak risau sampai bila kan?.

Anyways semua supplement, ubat-ubatan, balm, gel dan apa-apa sahaja yang boleh di bawa, saya pack masuk dalam luggage. 160 kg luggage, tak fikir apa dah masa packing.



Muka sembab. Nangis.

Flight kami awal pagi on the 10th Sept. Hujan pula tu. Deejah steady main puzzle dan little pony. Kakak senyap duduk diam sambil pegang tangan mak dia.

Dia tak tahu yang mak dia pun tengah berperang dengan perasaan sendiri. Kahkah. 

Dasar penakut nauzubillah.

Oh btw kali ini kami pulang menaiki Air Asia. Mewah betul makanan bila naik AA dengan waran government ni. From KL to Tawau we had chicken rice dan snack box ada mineral, juice, Kit Kat, kekacang, coffee and tea. Dari tawau ke KL pula kami dihidangkan dengan Nasi Lemak Pak Nasser, dan juga snack box yang sama.  


Flight was smooth despite the weather yang awalnya tidak baik. Alhamdulillah.

Landing on time. Masalah sakit telinga kakak sebab pressure belum berkesudahan. Anyone knows how to cure, or how to prevent?. Sedih tengok menangis-nangis minta tolong. Nasib baik nangis senyap-senyap, kalau tidak confirm haru-biru satu kapalterbang okay.

Cuaca di Tawau sangat baik. To be exact panas lit-lit. Sakit kepala.



Perjalanan from Tawau Airport to Semporna took 1 hour by car. One way harga RM95. Mahal. Bas ada tapi with kids around, saya rasa sangat tak sesuai. Pemandangan kelapa sawit kiri dan kanan, maka saya dan anak-anak membalas dendam dengan tidur sepanjang perjalanan.

Kami sampai di pekan Semporna jam 12 tengahari. 

Phew. Belum sampai lagi ya kawan-kawan. Baru 3/4 perjalanan. Ada 1/4 lagi kita sambung esok pula.

Kami menginap semalaman di Seafest Hotel Semporna. Kali ini request sea view room. Pemandangan laut terganggu sedikit dengan beberapa construction baru berhadapan hotel. 



Banyak dah berubah pekan ini from the last time we came back.

After rehat dan tidur lagi, petang itu kami jalan-jalan di Dragon Inn Floating Resort, makan-makan di Pearl City Restaurant sebab itu sahaja restoran terdekat yang boleh pergi dengan berjalan kaki. Tak ada transport, malas nak sewa.

Later kita story sikit tentang Dragon Inn Floating okay.

Pulang berjalan kaki, jumpa orang jual air kelapa muda. Beli sebiji, sampai hotel bergaduh tak cukup. Blergh. Bersabarlah anak-anak, sampai rumah atuk nenek nanti berbiji-biji buah kelapa ayah korang hadapkan depan mata tau.

Malam itu kami tidur kekenyangan, while husband pergi makan makan dengan geng sekolah dia.

0 busy bees:

Post a Comment