Blogger templates

Balik Sabah : Pulau Bum-Bum

Assalamualaikum.

Kita sambung cerita basi balik Sabah bulan lepas.

Awal pagi kami dah terjaga. Mujur tak terlajak tidur kalau tidak confirm Subuh Gajah. Misi husband nak pergi pasar belakang hotel, beli lauk fresh siap-siap.

Ya u olls, kita sambung perjalanan balik pulau hari ni.


Breakfast was good. Banyak pilihan. 

Tangan itu tidak termasuk dalam buffet breakfast.

I chose makan seaweed awal pagi dengan harapan semoga makin shining dan glowing kulit muka. Kihkoh. Ternyata harapan tinggal harapan.

Dalam jam 10 pagi kami gerak ke jetty.

Tunggu boat.


Ada pilihan untuk naik bot penumpang juga, which is RM2/person. Memandangkan banyak luggage, kotak-kotak dan barang-barang baru beli termasuk toys anak-anak huargh maka kena chartered satu boat. Tak mahal. RM15-20 per way. 

Boleh request boatman bawa slow sikit. Jadi dapatlah kita menikmati pemandangan dan merasa angin laut memukul pipi. Eh.

Perjalanan lebih kurang 10 minit.




Alhamdulillah selamat sampai pulau.

Orang ramai. Ulang alik ke pekan maybe. Esoknya Aidil Adha, mungkin membeli persiapan untuk menyambut hari raya. Saya feeling-feeling tourist kahkah.

Jetty tu panjanggggg sangat. Lenguh kaki berjalan tapi sebab view breathtaking maka perjalanan tak terasa melelahkan sangat. Oh btw keadaan jetty agak uzur. Ada kayu-kayu yang dah tercabut, dah berlubang so agak bahaya untuk anak-anak kecil especially yang jalan pandang depan sesaja macam anak-anak saya. Heh.

Husband tunjuk jetty baru yang dalam pembinaan. Lega rasa sebab dia bina pakai simen dan batu. Boleh gitu?. Hahaha. 




Jeti baru dalam pembinaan.

Ok kita sambung perjalanan. Belum sampai. Jauh lagi ni.

Anak-anak dah agak letih especially kakak. Siap minta dukung sebab sakit kaki. Kose nak layan haha. Sampai hujung jeti, kita tunggu transport untuk masuk kampung pula. Ada kereta sapu dan van sapu. Boleh pilih mana suka. Rate x sure, maybe RM1 per person. 

Kadang husband bayar lebih. 

Ikut suka dia je maklumlah kampung dia kahkah.



Perhentian bas dan teksi.

Van itulah bas. Jangan tanya mana bas pula ya hiks.

So perjalanan ambil masa lagi 15 minit. Ini pun mujur jalan kampung dah bertar. Senang banyak berbanding few years back masa awal-awal kahwin. Jalan batu kerikil tu bayangkanlah macam mana susahnya. Melompat-lompat duduk dalam transport.

Sedih kan?. Kita yang balik sekali sekala ni pun rasa Allahu payahnya. 

Yang menghadap hari-hari agaknya apa rasa agaknya. 

Maybe dah immune. Tapi kesianlah. Ramai lagi budak-budak kecil yang bakal jadi generasi muda akan datang. Confirm kalau macam ni depa pun akan lari pergi bandar. Siapa yang nak duduk kampung kalau macam tu?.



Salah satu sekolah rendah yang ada dalam pulau.

Papan saja. Tapi cantik. Siap tempat simpan air dekat luar. 

Nak banding dengan sekolah dekat sini?. Jauh panggang dari api. Tapi saya suka lagi sekolah macam ni. Possibility untuk kejadian-kejadian tidak diingini sangat sedikit. Tapi apa boleh buat, sekolah kat sini ramai muridnya. Mustahil nak buat gini. Macam sekolah Balqis (cousin kakak), bila kakak tanya awak kelas 1 apa, tercengang-cengang budak tu nak menjawab. Dia cakap kelas Tahun 1. Rupanya memang ada satu kelas je, thats why tak ada nama.

Sampai je rumah PIL semua dah tunggu dekat depan. Malu sekejap i olls. Perasan sangat padahal atuk nenek tunggu cucu-cucu sebab dah lama gila kot tak jumpa sobs. Buka pintu je, nenek ambil kakak, dukung. Bayangkan budak 21 kilo nenek dukung?. Nak pitam saya tengok.

Lepas letak kakak kat atas, dia datang lagi. Dukung Deejah.

Sedih tengok.

Tak ada gambar MIL. Teruk betul nampak kalau dah sampai rumah pun still nak pegang handphone ambik gambar. Hahaha.



View dari dapur rumah MIL.

Alhamdulillah. Selamat sampai. Syukur tak ada apa-apa yang berlaku. Sebenarnya saya agak fobia tiap kali nak balik ke sini. Macam asyik di uji especially selepas kisah kakak demam dan sawan dulu. Haih masih tak boleh move on. Masih teringat-ingat.

Itu maksud saya di atas tadi. Bila ada kesusahan atau kecemasan, mana orang-orang pulau ni nak pergi. Nak ke hospital susah. Ada klinik kesihatan yang waktu malamnya memang gelap gelita.

Satu waktu dulu pernah ada cerita nak buat jambatan terus ke pekan sana. Tak perlu naik boat dah. Agak lega bila dengar. At least kalau ada kecemasan, start enjin kereta terus berdesup ke pekan cari hospital. 

Tapi projek tu tak jadi. 

Mungkin sebab tak mendatangan hasil dan tiada kepentingan untuk orang-orang besar. Mungkinlah.

Hurm.

Tak apalah. Tiap kali saya balik sini, niat saya cuma nak bawa anak-anak jumpa keluarga suami. Nak fikir takut saya, risau saya, sampai bila-bila pun mungkin takkan berakhir. 

Mak saya pun pernah pesan. Sedekah tiap kali nak jalan jauh. Umpamanya kita buat insuran dengan Allah. Semoga Allah pelihara perjalanan kita pergi dan balik.

Terima kasih mak. Saya takkan lupa pesan mak.

Ok sambung nanti. Panjang sangat dah menulis. Ketor jari. Haha.

Thanks for visiting. Take care.

1 busy bees:

Maimun Razali said... Reply To This Comment

senoroknya dier balik kampung..suasana sana sungguh mendamaikan
aku suka part pesan mak tue.....

Post a Comment