Blogger templates

Balik Sabah : Salam Aidil Adha

Assalamualaikum.

Sambung lagi cerita balik Sabah. Amboi setiap tahun balik Sabah cerita sampai 4-5 entry. Sabar jelah. 

Kami sampai rumah MIL sehari sebelum Aidil Adha. Petang tu in law pergi pekan semula untuk cari bahan-bahan nak masak keesokan harinya. Menu takde gempak mana pun sebab kadang bahan susah nak cari.

Esok pagi kami solat sunat Aidil Adha dekat masjid. My first time sepanjang 8 tahun berkahwin. Teruk betul kan. So banyak benda menarik yang kami observe.


Seekor kambing untuk dikorbankan pada pagi itu.

Dilitupi kain kuning. Untuk apa, wallahualam. Adat kata husband. Jawapan selamat, haha.

Usai solat sunat, terus pulang ke rumah. Prepare makanan dan minuman sebab ada tetamu yang datang. Kemudian kami pun sama jalan-jalan rumah sebelah menyebelah yang kesemuanya saudara-saudara husband juga.

Saya masak sup dengan bihun. Begedil asal boleh. 

Menu kena yang mudah-mudah je sebab saya bukanlah pandai masak sangat kahkah.


Tak ada aktiviti lain. Makan sajalah kita. Lepas tu tidur.

Haha.

Oklah sambung later.

Take care.


0 busy bees:

Post a Comment