Blogger templates

Balik Sabah : Tawau, Here We Come

Assalamualaikum.

Bertemu lagi kita dalam drama bersiri "Bila Kami Balik Sabah". Hahaha.

Nak habis dah. Jangan buat muka annoy plis. Saya saja contengkan dalam blog ni mana tahu one day anak-anak baca balik mesti depa kata, "rajinnya mami menulis dulu", atau "seronoknya kita dulu pergi sana, pergi sini", atau paling tidak pun, "banyak betul masa mami kat pejabat boleh menulis panjang-panjang macam ni". Hergh, tak kelakar langsung.

Tak lama kami kat kampung. Sebab flight pulang from Tawau ke KL jam 10 pagi. Memang tak sempat dari pulau nak ke airport on the same day. Maka seperti biasa kami akan ke pekan Semporna atau bandar Tawau dua hari awal. 

Husband memang macam itu. Semua kena punctual. Kena tepat. Tak ada istilah sekejap-sekejap tsk.


Gambar bersama kazen paling rapat buat masa ini.

Kakak dengan Deejah masa ni tengah demam. Akhirnya, demam juga ya. Tapi tak teruk. Saya dan husband pantau like every minutes kot check temperature. Trauma. Tapi dua beradik tu ok lah takde melepek, aktif je cuma suhu spike. 

Macam biasa kakak ubat dia through punggung jelah. Penakut makan ubat.

Adik senang. Kepit je. Settle.

Mujur jugalah bawa segala ubat-ubatan dari KL. Maka tak perlu ke hospital lagi. So that day kami ke Tawau agak awal juga. Cuaca pun baik. Sedih semuanya termasuk kakak. Kenapa kita tak boleh duduk sini lagi, katanya. Sobs sedih mak.


Pemandangan awan dari atas boat. Cantik.

Kali ini kami ke Tawau dengan bas. Bas adalah van ya anak-anak. Murah RM10 per head. Bag dah tak banyak, lepas itu dapat row belakang sekali so agak selesa. Semua tidur sepanjang perjalanan. Bumpy lagi teruk dari flight turbulence kohkoh.

Sejam sampai ke bandar. Kami stay di MB Hotel untuk dua malam.

Alhamdulillah lepas sampai terus bagi ubat untuk anak-anak. Makan dan rehat. Petang sikit around 5 kami keluar pergi Pasar Tanjung Tawau. Dekat sini ada jual bermacam-macam barang keperluan harian. Ada buah-buahan, sayuran dan yang famous adalah makanan laut kering.


Mahal betul tambang taxi. RM10 per way.

Jenuh google car rental tapi semua tengah bercuti, kot. Call, sms dan whatsapp semua tak berjawab.

Petang tu kami beli udang kering, ikan bilis, ikan masin total 24 kilo kiriman kawan-kawan dan keluarga. Bagusnya depa siap bungkus dalam kotak dan seal. Sudahlah dapat harga murah sebab husband dah few times jumpa owner kedai borak-borak bisnes tapi belum menjadi lagi nampaknya kofs.

Actually sehari selepas itu pun kami ke pasar ini lagi. Tambah kiriman orang.

Luggage 160 kilogram apa ada hal. 

Selagi boleh bungkus, kita kasi bungkus bawa balik KL. Haha.

Malam itu kami dinner dekat salah satu restoran yang famous di kalangan orang-orang Semenanjung. Itu kita blog-kan later.


Belanja sikit gambar bilik hotel. 

Not bad. Luas. Puas anak-anak lari sana sini. Harga pun murah.

Alhamdulillah malam tu anak-anak kebah dari demam. Lega sangat mami dengan ayah. Baru boleh fokus nak jalan-jalan dan makan-makan. Sebelum ni makan ikut dan, nak jalan sana sini pun tak ada perasaan. Fikir kesihatan anak-anak saja.


Nah belanja sekeping gambar ayah dan anak-anak.

Till we meet again dalam episod jalan-jalan makan-makan di Tawau.

Take care people.

0 busy bees:

Post a Comment