Blogger templates

Confession : I'm Terrified Of Flying

Assalamualaikum.

Sorry, pinjam tajuk. Baru khatam entry tajuk ini dari blog nomadicmatt rasa nak tepuk dahi. Ya Allah it's soooo me. 


Macam gini kot rupa aku bila nak terbang. Ke lagi teruk kahs. Memang terus kejung dekat seat. Terus terabai anak-anak. Eh kakak sama perangai dengan mami dia so kami akan pegang tangan each other. Ketat-ketat. Kadang sampai basah berpeluh. Teruk nau.

My airport experience memang sebiji lah apa yang ditulis di dalam blog tersebut. Sebiji tiada yang terkecuali.





See. Refer ayat yang saya highlight tu. Kelakar ok.

That is why. So janganlah pelik kenapa saya still rajin google flight tickets sana sini, follow airlines sale what so ever tapi penakut naik kapalterbang. 

It' not that kapalterbang yang saya takutkan. Cuma mungkin rasa unsecure je yang lebih.

Apa yang lebih menakutkan saya mungkin adalah jatuh masuk dalam air dan tenggelam sebab tak pandai berenang. 

Hergh. Imaginasi melampau sangat.


Cuma bila fikir balik, rasa kelakar pun ada. Tahap penakut nauzubillah tu yang le husband pun boring agaknya nak bawa naik kapalterbang kahs. Sorry lah hubs bukan sengaja nak kejung sepanjang perjalanan. Tapi tak kejung jugaklah sebab once seat belt sign is off mulalah saya dengan kakak berulang alik masuk toilet. Kahkah. 

Adoilah masalah apalah yang menghantui kita berdua ni kakak oi.

Tapi seriously kakak banyak juga berubah from the last time we flew last year. Dah kurang menangis, still crying over her ears tu tapi dah kurang. And she keep on saying nak follow nenek dengan atuk pergi sekolah Cik Dib dekat Glasgow sana. 

Amboi amboi. Dua ringgit sehala kot tambangnya ye kakak kahs.


Whatever it is, belum sampai lagi tahap nak menjerit turun kapalterbang seperti gambar di atas ni. Once dah fly, maka tawakkal sahaja pada Allah. Takut letak tepi, we can't do nothing. Except doa semoga perjalanan dipermudahkan.

Yes everyone is terrify over something. Takut kucing, takut tikus, takut naik basikal, takut makan ketam (i was once before hahaks) dan bermacam-macam jenis takut lagi. 

Try to understand. 

Oh btw balik Sabah hari tu kan cuaca tak berapa elok, i was scared duduk je dekat seat terus telan ubat selesema. Kebetulan memang tengah selesema tapi tak teruk. Takut yang lagi teruk. Kahkah.

Tapi langsung tak mengantuk.

Bila check balik rupanya doktor bagi ubat yang tak mengantuk. Padan muka kat diri sendiri. Husband kata maybe kena try ubat penenang pula lepas ini. Ceh, sungguh tak membantu, hahah.

Thats all. Thanks for your time membaca entry kurang bermanfaat ini.

Take care.

2 busy bees:

mamaelly said... Reply To This Comment

hahahahaha kita sama ann!!!

Ann Ilias said... Reply To This Comment

Ok ada geng hahaha

Post a Comment