Blogger templates

Balik Sabah : Tidor Di Mana Kita?

Assalamualaikum.

Bertemu kembali selepas beberapa minggu tanpa sebarang update kohs. 

Jomlah sambung cerita balik Sabah kita yang dah berkurun ittew.

Setiap kali kami balik Sabah, memang akan stay 1 night before and after flight. Tak larat nak rushing berkejor sana sini dengan dua anak dan 2 luggage. Itupun kalau nasib baik luggage dua je, kadang beranak sampai sampai lima, enam bijik. Heh.

Last time kami balik on September, kami stay di Seafest Hotel. Seperti biasalah walaupun ada few hotels, resort, motel dan sebagainya di sekitar pekan Semporna. Kali ini request seaview room. Masya Allah seriously worth every penny. Walaupun tak seindah panorama pantai-pantai terkenal Malaysia, at least dapat tengok orang-orang Bajau Laut bawa boat macam mat rempit atas jalan, memang tak berkelip mata haha.


Seaview room.

Bilik not bad, agak besar untuk famili 4 beranak. Ada side table, dressing table, wardrobe, cerek air ( is a must kalau travel dengan anak kecil), tea and coffee making dan juga buffet breakfast.

Buffet breakfast was great. Banyak choice especially yang suka nak try new thing.

Contohnya macam ini.



Euw healthy breakfast sangat. 

Sedap agar-agar laut tu. Sedap yang betul-betul sedap.

Affordable rate per night.




Masa kami balik dari Sabah, stay dua malam di bandar Tawau. Selalunya semalam ja tapi kali ini banyak kiriman kawan-kawan yang nak kena selesaikan. Husband takut tak cukup masa, in fact dua malam itu pun ngam-ngam sajalah untuk dua round of Pasar Tanjung and sekali ke pasar basah.


Kedudukan hotel di bandar Tawau.

Banyak juga hotel sebenanrnya di bandar Tawau ni cuma perlu pilih based on kriteria pilihan masing-masing. Kalau poket tebal boleh try stay di Promenade yang attached dengan shopping mall tu. Kami pernah stay sana dulu, masa masih anak seorang hiks, bilik cantik makanan sedap tapi jauh sedikit dengan bandar. Jalan jalan pusing mall sajalah which is okayyyy tapi kalau dpt jalan town tengok pantai lagi best hikhik.

Kali ini kami menginap di MB Hotel.



Bilik-bilik yang ada di MB Hotel. Bolehlah boleh. Harga pun not bad, mesra poket juga. 

Room facilities ok. TV lama yang gabak tu so adalah suara suara yang bertanyakan why the TV tebal sangat.

Hahaha.

Takpelah janji ada channel boleh tengok. TV nipis pun kalau tak ada siaran tak guna juga kan.

Breakfast tak include in the room rate ya. Kena tambah extra tapi i will not recommend, sebabnya tak sedap. Boleh dapat breakfast yang lebih sedap dan murah di gerai-gerai luar dari hotel.



Itu saja review hotel yang kami duduki semasa balik kampung Sabah dua bulan lepas. Sorry kalau basi sangat cerita ni haha. Mummy hibernate terlalu lama di dalam dunianya sendiri heh. 

Till then, take care people.



0 busy bees:

Post a Comment