Blogger templates

Fairy Alia di Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah

Assalamualaikum.

Salam Jumaat. Dua minggu lagi sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula.

Sekejap sangat rasanya. Masih segar dalam ingatan, berkejaran waktu nak ambil Alia sekolah, makan dalam kereta. Ada masa tercekik sebab lupa bawa air minuman. Eheh, kenangan sangat.

Sekejap nak masuk tahun kedua bersekolah.

Oklah actually nak cerita tentang Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah minggu lepas. Memandangkan murid-murid sekolah kakak cuma sehingga Tahun 5 saja, maka tema ditetapkan adalah "Fairy dan Superhero". Gitu. 

Maka berpencaklah parents di dalam group whatsapp mencari idea tentang pakaian. Saya seperti biasa, google-lah penyelamat dunia. Haha. Banyak kedai sewa costume di kawasan Kuala Lumpur, which is too far from us. Macam tak sanggup semata-mata nak menyewa kena drive all the way from Puj, lepas itu nak kena return lagi. Eh.

So selepas sesi meng-google selama beberapa hari maka terjumpa entry blog berkenaan kedai costume di IOI Mall Puchong. 


Actually kedai ni lebih kepada kedai pakaian kanak-kanak. Cuma di tambah dengan beberapa koleksi costume mengikut tema.

Design costume memang banyak yang cantik. Yang nampak real. 

Of course bila nampak cantik dan real, harga pun mahal.

At first saya nak belikan Alia costume witch. Serba hitam sambil pegang batang penyapu. Saya sampaikan pada Alia, dia jawab " Sampai hati mommy nak kakak jadi witch. Kan jahat tu. Mommy nak anak mommy jadi jahat ke?". Blergh. Kesitu pulak.

Bila ditanya dia nak jadi Snow White, sekejap lagi nak Elsa, lepas itu Red Riding Hood pula. Memang best pusing-ousing dalam tu sambil kelebet costume. Cuma bila tengok harga terus tak jadi. Pitam kejap. Haha.


Sudahnya dia pilih jadi Fairy. 

Puas fikir macam mana nak gayakan. Sudahnya saya belikan satu set baju dan seluar inner loose untuk dia pakai di dalam. Kemudian sarung skirt fairy dan wing sahaja. Selesai masalah.

Harga Fairy Set RM25.90 dan baju dan seluar masing-masing berharga RM22 sehelai. 

Headband Mr. DIY RM4.50 dan hand accessory RM1. 

Total damaged RM75.40.

Murah berbanding nak beli costume sendiri. Lepas itu boleh pakai semula. Walaupun nampak cheapskate tapi ianya adalah pembelian yang bijak. Kononnya, haha.

Tepuk tangan sikit please.


Itu dia antara yang terpilih sebagai calon pemenang keseluruhan. 

Memang cantik dan kreatif semuanya. Pujian juga harus diberikan kepada semua parents yang berusaha menyediakan semua ini untuk anak masing-masing.

Selain itu, banyak aktiviti lain yang disediakan oleh pihak sekolah.




Rabbit feeding.

Bayaran dikenakan agak mahal berbanding apa yang ditawarkan. RM5 per entry untuk murid sekolah rendah sebenarnya sangat tinggi. Untung yang ada parents sekali, atau yang dibekalkan duit banyak oleh parents. Untuk yang tidak, hanya memandang dari luar pagar sahaja. Sedih.

Lagipun rabbit yang ada agak terhad jumlahnya. Tak banyak dan ada seekor dua yang kotor dan berkudis. 



Rumah hantu.

Ini aktiviti yang mempunyai barisan palinggggg panjang. Gambar muka kakak sebaik sahaja keluar dari pintu rumah hantu. Termengah-mengah dengan tudung senget benget dan kepak bengkok. Haha.

At first kakak tak nak masuk, tapi saya insist dia try. Dulu masa mommy sekolah, memang rumah hantu aktiviti yang paling best, meriah dan murah.

RM1 per entry. 

Oklah walaupun yang jadi hantu pun dikalangan cikgu dan anak-anak murid. Setakat nak suka-suka, depa bukan kira apa pun kan janji happy.



Archery.

Paling best. Yang penting murah. Rm3 untuk 3 kali memanah. 

Dulu pernah nak enroll kakak masuk kelas memanah, tapi dia tak nak sebab dia takut katanya. So saja bagi dia rasa. Instructor kata senang nak ajar sebab dia tinggi kofs gitu pulak. Tiga kali percubaan yang cemerlang. Lepas itu terus kata nak masuk kelas memanah. Seronok.

Ok insya Allah later ya sayang. 

Ada few aktiviti lagi seperti sewaan basikal roda tiga dan inflatable playground. Masing-masing berharga RM5 per entry.


Antara gambar bersama kawan-kawan yang sempat saya ambil.

Semoga membesar jadi anak-anak soleh/solehah semuanya, insya Allah. Semoga jadi kawan baik sampai bila-bila. Semoga cemerlang dunia akhirat.

Terima kasih cikgu-cikgu. 

Till then people. Take care. Thanks for visiting.

0 busy bees:

Post a Comment