Blogger templates

Sesi Persekolahan 2016

Assalamualaikum.

Long hiatus. Penyakit malaslah, apalagi. 


Status Instagram 3 days ago.

Sesi persekolahan 2016 sudah berakhir. Alhamdulillah. Akhirnya boleh menghela nafas panjang, eheh means mommy boleh rehat sikitlah. Like today, lunch hour mommy dah tak berkejar-kejar keluar untuk pickup kakak from school. Selalunya time macam ni, mommy sedang berkejaran ke car park; lepas itu kereta kena block pulak. Haih, makin ramai manusia selfish dalam dunia ni sobs. 

Tahun hadapan, insya Allah kakak akan kembali bersekolah pagi dan petang. Harapnya tak ada lagi adegan kena buli hehe. Kakak pun dah makin besar, dah faham dan dah tahu mana elok dan mana tak elok. 

Mommy pun dah ajar kakak soft skills bila deal dengan kanak-kanak yang suka membuli ni. Tinggal nak buat dengan tidak ja. Kakak tu nampak badan je besar tapi hati ada banyak kicik. 

Hahaha.

Khadeejah masih lagi stay dengan pengasuh sekarang. 

So sekarang mommy masih dalam fasa memikirkan cara terpaling mudah untuk mengelakkan chaos di pagi hari. Maklumlah bila kelam kelibut nanti mommy moody. Moody mommy is not good for the family. Gitu akakaka.

Suami seperti biasanya, keluar gelap balik pun gelap. Jadi sebab itu tiada adegan beliau di dalam drama di atas. Harap maklum.

Dan, seperti biasa acara membeli belah keperluan sekolah bermula.

Mommy nak share sekali lagi, kedai fav keperluan sekolah kakak. Semua ada di kedai Shuki, Dengkil. Murah pula tu.

To summarized, kasut sekolah RM15 | baju kurung RM15 | kain sekolah RM13 | tudung RM4.50 | anak tudung RM1 | stoking 3 pasang RM8-9.

Memang yang murah-murah, selagi anak tak pandai memilih. Hehe, so far kakak selesa sangat unless kalau dia complaint baru kita beli lain. Inner dan track suit selalunya beli dekat Mydin. Harga below RM10 per pieces. 

Oklah ini cuma quick update semasa lunch hour. 

Next entry kalau rajin nanti kita share cerita jalan-jalan JB dua minggu lepas.

Tata and take care.

0 busy bees:

Post a Comment